Skip to main content

Hiburan

Boss Ned Nafi Belum ‘Move On’, Akan Pertahan Nora Danish Habis-Habisan - “Bila Dia Dah Kahwin Baru Saya Stop”

Boss Ned

Sekilas

  • Nedim Nazri menegaskan dia akan terus mempertahankan bekas isteri, Nora Danish, selagi Nora belum berkahwin semula.
  • Dia menafikan dakwaan tidak boleh ‘move on’ dan menjelaskan tindakannya adalah untuk menjaga nama baik Nora sebagai bekas suami.
  • Perbalahan bermula selepas Nora memberi respon berhubung perniagaan yang perlahan ketika Ramadan, yang mengundang kecaman netizen.

Usahawan, Nedim Nazri sekali lagi menjelaskan tindakannya yang mempertahan bekas isteri, Nora Danish yang menerima kecaman ramai susulan respon aktres itu terhadap luahannya, baru-baru ini.

Menurut Nedim yang mesra disapa Boss Ned, dia akan sentiasa mempertahankan Nora selagi mana bekas isterinya itu belum mendirikan rumah tangga.

“Sebenarnya saya bukan baik sangat pun tapi saya tak boleh blah orang kecam ex wife saya. Kalau tak percaya tanya lah dia,dia kenal saya.

“Jadi betul, saya akan protect dia habisan. Tapi kalau dia dah berkahwin saya akan stop sebab itu dah melanggar urusan peribadi dia,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Boss Ned menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan tindakannya itu adalah atas dasar tidak boleh ‘move on’ susulan perceraiannya bersama Nora.

Perjelasnya, tindakannya itu hanyalah sekadar tanggungjawab sebagai bekas suami supaya nama baik Nora tidak menjadi tohmahan orang ramai.

“Jadi, kepada bebal kata saya buat sebab saya tak boleh lupa kan ex saya tu tak betul.

“Saya buat kerana saya seorang lelaki,faham? Lelaki yang pernah berkahwin dengan nya,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Nora membalas ciapan Boss Ned yang  mempersoalkan mengapa perniagaan sedikit perlahan ketika di bulan Ramadan.

Dengan ringkas, Nora membalas pertanyaan itu dengan mengatakan Allah SWT meminta hambaNya untuk beribadah.

Kenyataan balasnya itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menganggap jawapan tersebut tidak sesuai.

Imbas kembali, Nedim dan Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2017 namun bercerai talak satu pada 19 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement