Skip to main content

Selebriti

Beto Kusyairy Reda Barang Diving Kena Rembat - “Moga Tiada Kerosakan…”

Beto diving

Sekilas

  • Beto Kusyairy kecewa selepas peralatan menyelamnya seperti jaket BCD dan regulator dicuri.
  • Pelakon itu berharap barang yang dicuri tidak rosak atau bermasalah ketika digunakan di kedalaman 20-30 meter.
  • Netizen menyarankan Beto untuk semak aplikasi jual barangan terpakai kerana pencuri mungkin cuba menjual semula peralatan tersebut.

Pelakon terkenal, Beto Kusyairy meluahkan rasa kecewa selepas menyedari kelengkapan menyelam miliknya telah dicuri.

Menerusi perkongsian di Threads, Beto memaklumkan antara peralatan yang hilang termasuk jaket menyelam (BCD) dan alat pernafasan penyelam (regulator).

Pelakon yang popular menerusi imaginur itu bagaimanapun berharap agar barang yang dicuri itu tidak mengalami kerosakan ketika digunakan.

"Kepada yang rembat bcd dan reg aku, semoga barang itu tidak mengalami kerosakan atau gangguan pada kedalaman 20-30 meter," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dan menyarankan Beto untuk semak aplikasi jual barangan terpakai kerana mereka percaya pencuri mungkin cuba menjual semula peralatan tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement