Skip to main content

Viral

"Duit Zakat Pun Nak Sakau?" - Aliff Syukri Berang Isu Penyelewengan RM230 Juta

Astro Gempak aliff zakat

Sekilas

  • Aliff Syukri meluahkan kekecewaan terhadap penahanan individu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dana zakat RM230 juta yang sepatutnya untuk golongan memerlukan.
  • Beliau menegaskan perbuatan tersebut merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat dan menyukarkan penerima zakat yang benar-benar memerlukan.
  • SPRM menahan tiga individu termasuk timbalan pengerusi NGO dan membekukan 33 akaun bank bernilai kira-kira RM120 juta, manakala Lembaga Zakat Selangor menafikan sebarang kaitan dengan kes tersebut.

Usahawan sensasi, Aliff Syukri Kamarzaman meluahkan rasa kecewa dan marah susulan penahanan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dana zakat berjumlah RM230 juta.

Aliff yang juga antara penyumbang zakat perniagaan tertinggi kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebelum ini menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan kerana melibatkan hak golongan yang memerlukan.

“Kau punya hati ini apa ya? Hati binatang atau hati apa? Tengok, duit zakat pun nak sakau.

“Kau tahu tak duit itu untuk fakir miskin, ibu tunggal dan pelajar. Kau sakau apa hal?

“Fikir. Patutnya dapat untuk orang miskin, lepas itu orang duk merayu-rayu minta zakat tak dapat-dapat, kaulah puncanya,” katanya dalam satu hantaran video.

Menurutnya, tindakan segelintir pihak itu bukan sahaja memberi kesan kepada penerima zakat, malah berpotensi merosakkan keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat secara keseluruhan.

“Lepas itu, tak fasal-fasal yang mencurinya seorang tetapi semua zakat lain pula terpalit.

“Orang jadi takut nak bagi zakat kepada pusat zakat,” ujarnya.

Sebagai individu yang komited dalam menunaikan tanggungjawab zakat, Aliff mengakui dirinya terkilan melihat situasi tersebut berlaku.

“Saya ini berniaga siang malam, pagi petang, niat nak bantu orang beri zakat.

“Dosa besar tau. Saya ini jual beg dan macam-macam produk demi misi nak beri zakat kepada orang sebanyak yang mungkin tetapi kau tukang sakau. Apa perasaan kami?” jelasnya lagi.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana zakat berjumlah RM230 juta.

Dalam operasi sama, sebanyak 33 akaun bank turut dibekukan dengan nilai kira-kira RM120 juta.

Dua daripada individu yang ditahan telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, Lembaga Zakat Selangor dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes yang sedang disiasat tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

Lovito Casual Top Spring/Summer New Chinese Style Cheongsam Qipao Asymmetrical Bow Khaki Top for Women L166AD394 Lovito Baju Kasual Musim Bunga/panas Baharu Cheongsam Qipao Gaya Cina Berbentuk Reben Asimetri Khaki Atasan Untuk Wanita L166AD394

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

(Refine by Lovito) Elegant Top Ruffle Cold Shoulder Backless Spring/summer Pink Top for Women LR32E057 (Refine by Lovito) Elegan Top Ruffle Bahu Dingin Tanpa Belakang Musim Bunga/musim Panas Baju Atas Merah Jambu untuk Wanita LR32E057

Must-Watch Video

Advertisement