Sekilas
- Nir Dayini Ashiqah, anak penyanyi Mas Idayu, mendakwa bapanya dipaksa bekerja walaupun kesihatannya semakin merosot.
- Dayini mengikuti perkembangan bapanya melalui maklumat yang disampaikan oleh individu lain walaupun sudah lama tidak berjumpa.
- Dayini menegur pihak yang memaksa bapanya bekerja dan mengingatkan tentang dosa derhaka, tanpa mendedahkan identiti pihak tersebut.
Anak kepada penyanyi, Mas Idayu iaitu Nir Dayini Ashiqah mendakwa bapanya tetap dipaksa untuk bekerja meskipun berada kesihatannya kurang memuaskan.
Menerusi ciapan di Threads, Dayini memaklumkan bahawa meskipun sudah bertahun lama tidak berjumpa namun dia masih mengikuti perkembangan bapanya menerusi maklumat yang diberikan beberapa individu kepadanya.
"Ya, memang betul saya sudah bertahun-tahun tidak berjumpa papa. Namun Alhamdulillah, setiap tahun ada sahaja hamba Allah yang menyampaikan maklumat atau perkembangan terkini mengenai dirinya.
"Dari situ saya tahu keadaan papa sekarang. Tetapi semakin lama, semakin teruk keadaannya.
"Apa yang saya cuba sampaikan ialah papa saya sedang sakit teruk tetapi masih dipaksa bekerja?
"Tuan badan ingatlah Allah. Tuan badan ingatlah Allah. Derhaka kepada suami adalah dosa besar," kongsinya di Threads.

Walau bagaimanapun, Dayini tidak berkongsi secara terperinci mengenai siapakah ‘tuan punya badan’ yang dimaksudkannya.
Untuk rekod, Aman pernah mendirikan rumah tangga dengan Mas Idayu pada 1997 dan dikuniakan seorang cahaya mata sebelum bercerai 10 tahun kemudian.
Aman kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihan iaitu Nurul Amrina pada 2018 dan mempunyai dua cahaya mata lelaki.
Sumber: Threads