Skip to main content

Selebriti

Mawar Rashid Sebak, Syukur Ada Anak Lelaki Selalu Doakan - “Dari Dulu Teringin Sangat Nak Ada Anak Pandai Solat…”

ASTROGEMPAK Mawar

Sekilas

  • Mawar Rashid bersyukur anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael, sentiasa mendoakannya setiap hari.
  • Mawar bangga dengan sikap Rafael yang rajin solat dan tidak lupa berdoa untuknya.
  • Dia juga berterima kasih kepada insan-insan baik yang banyak membantu dalam kehidupannya.

Pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa syukur dan terharu apabila anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael, tidak pernah lupa mendoakannya setiap hari.

 

Menerusi perkongsian di media sosial, Mawar mengakui dia berasa bangga melihat sikap anaknya yang rajin menunaikan solat serta sentiasa menitipkan doa buat dirinya.

 

“Alhamdulillah, terima kasih Rafael hari-hari doakan mommy. Mommy sangat bangga dengan awak. Dari dulu teringin sangat nak anak pandai solat dan doa,” kongsinya.

 

Dalam perkongsian sama, Mawar turut menzahirkan rasa syukur kerana sentiasa dipertemukan dengan insan-insan baik yang banyak membantu dalam kehidupannya.

 

“MasyaAllah, syukur. Terima kasih ya Allah hadirkan orang untuk tolong.

 

“Terima kasih Kak Dewi,” katanya lagi.

 

Perkongsian tersebut meraih perhatian warga maya yang turut tersentuh melihat hubungan rapat antara Mawar dan anaknya, selain mendoakan agar Rafael terus membesar menjadi anak yang soleh. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement