Sekilas
- Shiera, penyampai radio Sinar, memberi kata-kata semangat kepada anaknya, Auddra, supaya tidak mudah berputus asa dalam mengejar minat dan impian.
- Shiera menasihati Auddra agar terus berusaha walaupun menerima kritikan dan tidak menjadikan ia penghalang untuk berkarya.
- Shiera berkongsi pengalaman peribadi dan menekankan pentingnya sokongan antara satu sama lain dalam mengejar cita-cita.
Penyampai radio Sinar, Shiera menitipkan kata-kata semangat buat anaknya, Auddra agar tidak mudah berputus asa dalam mengejar minat dan impiannya.
Menerusi perkongsian di Threads, Shiera menasihati Auddra yang lebih mesra disapa Oddah supaya terus berusaha dan tidak menjadikan kritikan sebagai penghalang untuk terus berkarya.
“Bila kamu dah mulakan, teruskan sahaja. Buat sahaja. Suara sumbang ke apa, yang penting kena rajin,” tulisnya.
Menurut Shiera, dia sendiri pernah melalui pengalaman yang hampir sama ketika mula mencipta nama dalam industri hiburan.
Justeru, dia berharap anaknya itu terus yakin dengan kebolehan diri sendiri selain sentiasa amalkan sikap saling menyokong antara satu sama lain.
“Itu tema untuk kami namanya, anak menurun ikut emak. Jangan berhenti sebab emak kau pun sama sahaja dulu.
“Yang penting orang baik kena sokong antara satu sama lain,” ujarnya.