Pelakon, Aedy Ashraf seakan-akan memberi gambaran mengenai kehidupan peribadinya apabila bersetuju dengan kenyataan tular mengenai tanggungjawab lelaki dalam berkeluarga.
Menerusi perkongsiandi Threads, seorang individu menyifatkan perbuatan lelaki berkahwin dan mempunyai anak ketika miskin sebagai satu bentuk ‘jenayah’ terhadap keluarga.
“Jenayah terbesar lelaki buat adalah bila kau miskin tapi kau kawin. kau miskin tapi buat anak. kau dah miskin sorang ii lpstu kau heret anak bini kau miskin sekali,” kata individu tersebut.
Aedy bersetuju dengan pandangan individu tersebut dengan mengatakan dirinya pernah berada dalam situasi itu.
“Totally agree with this, aku salah seorang produk jenayah tu,” tulis Aedy ringkas
Dalam pada itu, Aedy menegaskan dia tidak pernah mengeluh dengan apa yang terjadi dalam kehidupannya dan tiada menyimpan perasaan dendam terhadap orang tuanya.
“Aku tak marah, dan aku tak mengeluh pun. Dorang pun first time jadi parents,” katanya.
“In fact aku suka jalan macam ni. My revenge is aku jaga dorang, aku bagi keselesaan, aku bagi benda yang dorang tak mampu nak bagi dekat aku dulu,” ujarnya.