Skip to main content

Indonesia

Berdepan Cancel Culture, Denada Akhirnya Mengaku Ressa Anak Kandung

denada

Sekilas

  • Denada mengesahkan melalui peguam bahawa Ressa Rizky Rossano adalah anak kandungnya yang telah dijaga oleh ahli keluarga sejak kecil.
  • Denada menafikan dakwaan mengabaikan Ressa dan menegaskan dia sentiasa membiayai kos pendidikan dan keperluan anaknya itu.
  • Ressa mendedahkan identitinya selepas berusia 24 tahun bukan untuk harta, tetapi untuk mencari ketenangan hidup dan berkongsi perasaan kecewa kerana tidak diakui sebagai anak oleh Denada.

Selepas hampir menjadi mangsa ‘cancel culture’ dan dikritik kerana berdiam diri selepas seorang lelaki berusia 24 tahun mengaku anak kandungnya, penyanyi Denada akhirnya membuka mulut.

Melalui peguam, Denada mengaku lelaki dengan nama Ressa Rizky Rossano adalah anak kandungnya yang telah diserahkan kepada salah seorang ahli keluarga sejak kecil.

“Pihak Denada tidak pernah tidak mengaku Ressa sebagai anaknya. Jadi tidak timbul dakwaan Denada telah mengabaikan Ressa kerana sejak kecil dia yang membiayai semua kos termasuk persekolahan anaknya itu,” ujar peguam Denada seperti dilaporkan Kompas.

Sebelum ini, nama Denada hangat diperkatakan selepas Ressa mengaku sebagai anak lelakinya namun wanita berusia 47 tahun tersebut meminta dia memperkenalkan diri sebagai anak sepupu kepada khalayak.

Ressa dalam pendedahannya mengatakan baru mahu mendedahkan hal tersebut kepada umum selepas berusia 24 tahun bukan kerana ingin harta bintang tersebut. Dia sebaliknya mengatakan hanya mahu hidup tenang.

“Ini bukan soal duit sebab kalau tentang duit, saya boleh cari. Saya hanya mahu ketenangan diri.

“Sejak dulu kalau bertemu saya hanya boleh memanggil dia ‘mbak’ bukan emak. Dia juga tidak pernah mengaku saya anaknya.

“Hal ini yang membuatkan saya terfikir kenapa dia membuang saya? Maaf kerana saya rasa perbuatan dia jahat,” kata Ressa.

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Must-Watch Video

Advertisement