Skip to main content

Hiburan

Beraya Di Ibu Kota, Aisha Retno Hidang Ayam Gepuk & Bakso Buat Tetamu - "Itu Resipi..."

Aisha Retno

Sekilas

  • Aisha Retno memilih untuk sambut Hari Raya Aidilfitri secara sederhana di Kuala Lumpur bersama keluarga kerana ahli keluarga sudah menetap di situ.
  • Dia suka suasana bandar yang lengang semasa raya, memudahkan pergerakan dan kunjungan ke rumah saudara-mara.
  • Menu tradisi keluarga Aisha termasuk ayam gepuk dan bakso, resipi warisan ibunya yang pedas dan istimewa.

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno memilih untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri secara sederhana pada tahun ini bersama keluarga di Kuala Lumpur.

Menurut Aisha, mereka sekeluarga tidak pulang ke kampung di Besut dan Jakarta kerana kebanyakan ahli keluarganya sudah menetap di Kuala Lumpur.

“Untuk raya kali ini sambutan sederhana sahaja bersama keluarga. Kami tak balik Besut, tak balik Solo dan Jakarta pun tak balik. Hampir setiap tahun memang jadi rutin sambut raya di Kuala Lumpur. Sebenarnya saya memang teringin nak balik kampung di Besut atau di Indonesia.

“Tapi sebab ramai ahli keluarga sudah tiada dan kebanyakan yang lain sudah bermastautin di Kuala Lumpur, jadi biasanya kami berkumpul di sini sahaja,” katanya kepada Gempak.

Tambah Aisha, antara perkara yang membuatkan dia selesa beraya di Kuala Lumpur adalah suasana bandar yang lebih lengang ketika musim perayaan.

Menurutnya, keadaan tersebut memudahkan mereka untuk bergerak dan berkunjung ke rumah saudara-mara atau rakan-rakan.

"Setiap tahun saya rasa ada sesuatu yang sangat positif bila sambut raya di Kuala Lumpur. Bandar jadi lengang, kereta pun tak banyak. Jadi senang nak pergi beraya. Tak perlu nak packing atau berjalan jauh. Kita dekat rumah sahaja dan boleh masak bersama keluarga.

“Malah kedai runcit pun dekat, jadi mudah kalau nak beli barang untuk memasak,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut pelantun lagu Jodoh Lebaran setiap kali tibanya musim perayaan keluarganya pasti akan menghidangkan ayam gepuk dan bakso sebagai menu buat santapan tetamu ketika berkunjung.

“Saya pernah buat ‘confession’ di media sosial. Kadang-kadang orang kata ‘Aisha semua benda boleh buat’. Tapi saya jujur, saya sebenarnya tak pandai masak. Saya cuba juga masak. Antara yang saya boleh buat adalah ayam penyet dan bakso sebab itu resipi Mama.

“Resipi Mama memang yang terbaik. Dia suka masakan pedas, jadi harap-harap calon jodoh nanti pun suka pedas,” katanya berseloroh.

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Must-Watch Video

Advertisement