Sekilas
- Datuk Fazley Yaakob menasihati orang ramai supaya tidak memihak dalam isu perceraian kerana setiap pasangan biasanya menutup aib sendiri.
- Fazley menegaskan pentingnya untuk tidak menyokong mana-mana pihak kerana kebenaran hanya diketahui oleh mereka yang terlibat.
- Netizen bersetuju bahawa isu rumah tangga tidak patut dijadikan bahan perdebatan di media sosial dan lebih baik diam serta mengambil pengajaran.
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pendapat mengenai isu perceraian yang menjadi topik hangat netizen di laman sosialis
Menerusi Threads, Fazley menasihati semua pihak tidak menyebelahi mana-mana pihak memandangkan setiap pasangan suami dan isteri tetap mahu menutup aib mereka.
“Korang kena faham… bila berlaku proses perceraian, tak boleh dengar cerita dari sebelah pihak saja. Bila isteri bercerita semua back up isteri, bila suami buka mulut semua tiba-tiba back up suami.
“Lebih elok jika korang tak take sides, tak perlu jadi penyokong mana-mana team. Belum tentu suami atau isteri tu jujur, sebab masing-masing tetap kena tutup aib sendiri melebihi aib pasangan. Itu realiti yang korang kena fahamkan,” katanya.
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Fazley dan menganggap isu rumah tangga tidak sepatutnya menjadi bahan perdebatan di laman sosial.
“Setuju tu… kita tak terlibat diam je. Jangan la terlibat tambah dosa pula... dosa dengan suami, degann anak pun banyak ni lagi nak tambah dosa terlibat dalam isu rumah tangga orang pula.
“Kita pun tak nak tau, tapi kalau dah bercerita dan lalu kat fyp maka tertengok juga. Memang tak kuasa nak ambil side, tak payahlah canang-canang. Dah tak suka cerailah, settle, move on, kan senang.
“Wise statement Dato… tak perlu take side mana-mana pun. Kita cuma tau 'surface' sahaja... ambil sebagai pengajaran adalah lebih baik,” komen netizen.
Sumber - Threads