Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah Terbuka Untuk Hadir Majlis Kahwin ‘Ex’ Jika Ada Jemputan - “Kalau Saya Dengan Ahli Keluarganya Masih Baik…”

Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah sedia hadir ke majlis perkahwinan bekas pasangan jika menerima jemputan dan hubungan dengan keluarga bekas pasangan masih baik.
  • Dia menegaskan kehadiran bergantung kepada niat baik dan jemputan daripada ahli keluarga, bukan hanya bekas pasangan sahaja.
  • Bella juga menyatakan tiada keperluan hadir jika hanya bekas pasangan yang menjemput tanpa sokongan keluarga mereka.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memberitahu dia terbuka untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas pasangannya jika menerima jemputan. 

 

Bella berkata dia akan hadir jika hubungan dengan ahli keluarga bekas pasangannya itu masih baik. 

 

“Sebenarnya bila kata fasal jemputan ini kan dan orang pun akan mendirikan rumah tangga.

 

“As long as niat kita baik dan niat dia pun baik untuk menjemput, sebab itu pentingnya silaturahim, kalaulah Bella dengan ahli keluarga dia masih baik, pada Bella, apa salahnya. 

 

“Sebab kita nak meraikan dan kita sudah move on. Jadi tak salah,” kata Bella.

 

Bella berkongsi perkara itu bagi menjawab soalan penyampai radio ERA FM, Radin yang bertanyakan adakah akan hadir ke majlis perkahwinan bekas pasangan atau tidak. 

 

Bagaimanapun Bella memberitahu tiada keperluan untuk dia hadir jika ahli keluarga pihak sana tidak menjemputnya. 

 

“Tapi kalau hanya dia saja jemput, bukan ahli keluarga dia yang menjemput, Bella rasa tiada keperluan kot,” ujarnya. 

 

@era.je Topik harini tengah famous kat thread pasal ‘Kalau ex jemput pergi wedding’! @bellaastillah jawab tentang benda ni & Bella sempat eh kacau Radin 😂 #ERARadioNo1PalingLegit #3PAGIERA ♬ original sound - ERA

Must-Watch Video

Advertisement