Sekilas
- Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi rutin hariannya yang bekerja sehingga 15 jam sehari di set penggambaran.
- Dia hanya sempat tidur sekitar lima jam sebelum kembali bekerja semula.
- Walaupun penat, Ezzanie tetap bersyukur dengan peluang dan pengalaman yang diperoleh dalam kerjaya lakonannya.
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi mengenai rutin hariannya sebagai seorang selebriti menerusi ciapan yang dibuat di Threads.
Menurut Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, waktu kerjanya di set penggambaran boleh mencecah sehingga 15 jam sehari.
Kongsi pelakon drama Dia Bukan Syurga itu lagi, dia hanya sempat untuk tidur sekitar lima jam sebelum kembali bekerja.
“Waktu bekerja saya gila sedikit. Satu hari sekitar 14 hingga 15 jam di set penggambaran.
“Kemudian balik rumah untuk tidak dalam empat hingga lima jam sebelum sambung semula bekerja,” kongsinya.
Walau bagaimanapun, Ezzanie memaklumkan dia tetap bersyukur dengan pekerjaannya yang sentiasa mengajarnya untuk bertahan.
“Ya, waktu bekerja saya memang gila apabila saya fikirkan semula. Tetapi ini adalah bahagian yang orang lain tidak nampak.
“Memang penat, ya. Tapi saya juga bersyukur,” luahnya.
Sumber: Threads