Skip to main content

Filem

Baru Tayangan Awal, ‘Malam Terlarang’ Dah Panjat Carta Top 10 GSC!

fff

Baru sehari ditayangkan tayangan awal bermula semalam, filem Malam Terlarang sudah mencipta kejayaan manis apabila menduduki tempat pertama dalam carta Top 10 Filem GSC.

Karya seram arahan Labu itu nyata berjaya memikat hati penonton tempatan apabila ruang komen di media sosial dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif dan ulasan memberangsangkan.

Advertisement

Antara komen penonton, ada yang menyifatkan filem tersebut sebagai karya seram wajib tonton tahun ini.

“Malam Terlarang, serious best!

“Antara filem wajib tonton tahun ni. Aku ni bukan penggemar filem horror, tapi Malam Terlarang ni power. Mengangkat isu ritual pemujaan pantai yang dah pun diharamkan.

“Malam Terlarang is ready to be served! A great blend of horror and thriller… executed brilliantly with outstanding performances by the cast and the visual huuuuuu,” komen beberapa netizen. 

Filem terbitan Astro Shaw ini bukan sekadar karya seram biasa, sebaliknya mengetengahkan kisah benar masyarakat berhubung ritual mistik dan mitos Nusantara yang kian dilupakan.

Lebih menarik, filem ini juga merupakan debut sulung pengarah Labu atau Nurhanisham Muhammad di layar perak selepas dikenali sebagai pengarah fotografi serta pernah mengarahkan drama premium Astro Originals X-Change.

Penggambaran dijalankan di sekitar Pantai Morib dan Kuala Selangor, dengan latar semula jadi seperti paya bakau dan pesisiran pantai yang menambah elemen mistik kepada penceritaan.

Menampilkan gandingan pertama kali dua nama besar, Zul Ariffin dan Sofia Jane, Malam Terlarang turut dibintangi Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Aila Azizul, Haneesya Hanee dan Amir Nafis.

Berlatar era 1980-an, filem ini mengisahkan Mawar, gadis muda yang dihantui kejadian mistik selepas kematian kakaknya, sekaligus membuka kisah gelap sebuah keluarga yang terperangkap dengan ritual terlarang.

Filem Malam Terlarang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei pada 30 Oktober, selain turut menemui penonton di Kemboja lebih awal pada 27 Oktober.

Penonton juga berpeluang bertemu barisan pelakon di beberapa pawagam sekitar Lembah Klang pada 1, 2, 8 dan 9 November ini.

Must-Watch Video

Advertisement