Skip to main content

Indonesia

Baim Wong Didakwa Mancungkan Hidung: “Sel Stem, Bro”

baim_hidung

Sekilas

  • Baim Wong menafikan menjalani pembedahan plastik hidung dan menjelaskan dia hanya menerima rawatan sel stem di Korea Selatan.
  • Rawatan sel stem yang dijalani adalah untuk tujuan kesihatan dan memerlukan pengambilan sel dari tulang sumsum dengan kesan yang dirasai selepas dua bulan.
  • Walaupun disarankan untuk buat pembedahan hidung akibat kecederaan lama, Baim memilih untuk tidak melakukannya.

Pesohor Indonesia, Baim Wong menafikan dirinya menjalani pembedahan plastik pada bahagian hidung selepas berkunjung ke Korea Selatan baru-baru ini.

Baim sebaliknya memberitahu mengunjungi pakar kecantikan untuk menerima rawatan sel stem. Rawatan sel stem juga dikenali sebagai perubatan regeneratif atau reparatif (membaik pulih).

“Stem cell (sel stem) bro, bukan pembedahan plastik,” katanya seperti dilaporkan Kompas.com.

Menurut pelakon yang juga penerbit itu, rawatan sel stem dilakukan dengan alasan kesihatan, bukan untuk merubah bentuk wajahnya. Dia juga mengaku baru pertama kali menjalani rawatan sel stem.

“Bukan buat pembedahan hidung. Hanya sel stem, rawatan ini saya buat pertama kali,” tegasnya lagi.

Bekas suami Paula Verhoeven itu mendedahkan rawatan selepas pencarian dibuat stem menelan belanja yang mahal dan prosudernya adalah dengan mengambil sel dari tulang sumsum.

“Jadi ambil selnya dari tulang sumsum dan rawatan ini tidak bersifat segera. Kesannya buat saya baru terasa selepas dua bulan. Ya, mahal tapi lumayan bagus,” akuinya.

Namun Baim mengaku pakar sempat menyarankan agar dia menjalani pembedahan plastik membetulkan bentuk hidung selepas mengalami kecederaan pada bahagian tersebut lama dulu.

Katanya: “Tapi memang ya saya disarankan naikkan (mancung) hidung. Tapi saya tidak mahu.”

Anda mungkin berminat dengan

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Must Watch Video

Advertisement