Skip to main content

Hiburan

Baby Shima ‘Buang Angin’ Atas Gambar Netanyahu, Netizen Terhibur – “Patutlah Panas Membara!”

hk

Aksi spontan penyanyi sensasi, Baby Shima sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila dia berkongsi satu video lucu yang memaparkan dirinya seolah-olah ‘menghukum’ Presiden Israel, Benjamin Netanyahu, dengan cara tersendiri.

Menerusi perkongsian di Threads, Shima dilihat sedang berjalan menuju ke sebuah kerusi untuk duduk, namun mengejutkan apabila terdapat telefon bimbit di bawah kerusi itu yang memaparkan gambar wajah Netanyahu.

Advertisement

Lebih mencuit hati, dalam video tersebut Shima sempat berpura-pura seperti membuang angin di atas gambar berkenaan sebelum ketawa dan menarik semula niat untuk duduk.

“Patutlah panas membara,” tulisnya berseloroh di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat penyanyi itu. 

Terdahulu, Baby Shima antara selebriti tempatan yang lantang bersuara di media sosial mengenai isu kemanusiaan Palestin dan sering menggunakan pendekatan jenaka untuk menyampaikan mesej protes terhadap kekejaman rejim Zionis.

Must-Watch Video

Advertisement