Skip to main content

Hiburan

Azhan Rani Sempat ‘Order’ Ayam Goreng Untuk Andre Mikhail - “Masa Ini Gembira Sangat Arwah Suka & Selera Makan”

ASTROGEMPAK Azhan Rani

Sekilas

  • Azhan Rani memesan ayam goreng dan nasi goreng daripada Yatie Kitchen untuk anak arwah Amyza Aznan yang sedang sakit di hospital.
  • Yatie menolak bayaran dan menganggap Azhan sebagai yang ‘belanja’ arwah, manakala Azhan bersyukur anak arwah menikmati makanan sambil menonton drama lakonannya.
  • Azhan juga mendedahkan Yatie pernah menghantar makanan kepadanya ketika dia dirawat akibat kemalangan motosikal sebelum ini.

Usahawan Yatie Kitchen berkongsi perbualan mesej antara dia dengan pelakon Azhan Rani yang ingin menempah ayam goreng dan nasi goreng daripadanya. 

 

Menerusi perbualan itu, Azhan menghubungi Yatie untuk memesan ayam goreng dan nasi goreng untuk dihantar terus kepada anak pelakon Amyza Aznan, Allahyarham Andre Mikhail, yang ketika itu sedang bertarung nyawa di hospital.

 

Memuji tindakan aktor itu, Yatie bagaimanapun menolak bayaran tersebut dan tetap menganggap Azhan sebagai individu yang ‘belanja’ arwah.

 

Azhan kemudian membalas perkongsian itu dengan rasa syukur apabila mengetahui Andre berselera menikmati makanan berkenaan sambil menonton drama lakonannya menerusi telefon bimbit. 

 

“Tak ada apa pun daripada saya. Kak Yatie tak mahu duit saya. Tapi masa ini gembira sangat arwah suka dan selera makan ayam McDanish itu sambil tengok cerita saya kat phone. 

 

“Tak berkesempatan saja nak ziarah dia,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, Azhan turut mendedahkan Yatie pernah menghantar makanan ketika dia mendapat rawatan di hospital akibat terlibat dalam kemalangan motosikal sebelum ini. 

 

“Kak Yatie pun apa kurangnya. Masa PKP dulu saya warded accident motor dia la yang tanya khabar dan hantar segala menu sedap-sedap guna lalamove ke ward saya. 

 

“5 sen pun tak nak duit saya. Allah bagi saya anugerah orang baik. Semoga sentiasa dalam rahmatNya kak Yatie sekeluarga,” katanya lagi. 

 

Untuk info, anak Amyza Aznan iaitu Andre Mikail menghembuskan nafas terakhir pada malam Isnin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser paru-paru.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must-Watch Video

Advertisement