Skip to main content

Selebriti

AstroBiz LancarBizOne Rewards Serba Baharu Dengan Sokongan Pemasaran Terjamin Bernilai RM17.5 Juta

Astrobiz

Sekilas

  • Astro BizOne melancarkan kempen Astro BizOne Rewards dengan sokongan pemasaran bernilai sehingga RM17.5 juta untuk membantu premis F&B di Malaysia menarik lebih ramai pelanggan.
  • Kempen ini menawarkan ganjaran pemasaran terjamin melalui saluran TV, radio, dan platform digital Astro berdasarkan tahap langganan BizOne.
  • Sejak kempen pertama, lebih 200 premis F&B telah menerima sokongan pemasaran, termasuk iklan radio, slot TV, dan artikel majalah digital untuk meningkatkan pendedahan dan pertumbuhan perniagaan.

Sebuah pek ringkas untuk outlet makanan dan minuman (F&B) oleh Astro, iaitu Astro BizOne, mengumumkan kesinambungan kepada kempen Rewards dengan pelancaran Astro BizOne Rewards yang serba baharu.

Astro BizOne Rewards menawarkan sehingga RM17.5 juta sokongan pemasaran terjamin bagi membantu premis F&B di seluruh Malaysia menarik lebih ramai pelanggan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Kempen tahun ini meneruskan kejayaan penganjuran kempen pertama Astro BizOne Rewards tahun lalu, namun dengan format baharu yang menawarkan ganjaran pemasaran terjamin, menggantikan konsep cabutan bertuah sebelum ini.

Melalui model ini, premis F&B yang melanggan pakej Astro BizOne akan menerima peluang pemasaran melalui saluran televisyen, radio dan platform digital Astro mengikut tahap langganan mereka.

Menurut Ketua Bahagian Perniagaan Pengguna dan Perusahaan, Astro, Tan Sian Tuang, pemasaran ialah pemangkin pertumbuhan perniagaan, dan gabungan kuat saluran TV, radio dan digital Astro memberikan Industri Kecil Sederhana (IKS) peluang untuk dikenali oleh lebih ramai pelanggan.

“Dengan kos pemasaran yang semakin meningkat, pengusaha F&B sentiasa mencari cara yang praktikal untuk menonjolkan perniagaan mereka.

“Astro BizOne Rewards diwujudkan bagi memberi pendedahan yang mudah diakses dan bermakna kepada IKS menerusi ekosistem media Astro.

“Tahun lalu, ramai pengusaha F&B di seluruh Malaysia berjaya menarik lebih ramai pelanggan, dan sambutan yang diterima menunjukkan impak sebenar kempen ini.

“Tahun ini, kamiingin terus mengukuhkan usaha tersebut supaya lebih banyak premis dapat menikmati pendedahan dan membuka peluang pertumbuhan baharu,” jelasnya.

Sementara itu, pemilik Restoran Nasi Lemak Burung Hantu Gombak, Encik Irfan yang menerima sokongan pemasaran menerusi Astro Audio Adstahun lalu pula berkata, inisiatif itu membuka peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk berniaga.

“Iklan berkenaan restoran kami melaluiAstro Audio Ads membuka pintu premis kami kepada pelanggan yang sebelum ini tak dapat kami capai sendiri.

“Sebagai perniagaan kecil, kami selalunya fokus pada pelanggan tetap, tapi kempen ini membawa masuk jumlah pelanggan yang lebih besar.

“Tak lama selepas itu, pelanggan baharu mula datang dan memberitahu bahawa mereka dengar iklan kami di radio.

“Sejak itu juga, aliran pelanggan kini lebih konsisten dan pendedahan tersebut benar-benar membantu perniagaan kami berkembang,” ujarnya.

Sepanjang kempen Astro BizOne Rewards yang lalu, 200 premis F&B di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu bentuk sokongan pemasaran melalui platform Astro.

Ini termasuk 87 premis dipromosikan melalui Astro Audio Ads, manakala 48 premis masing-masing mendapat slot video di Buletin Awani dan Borak SeeNI, memberikan mereka pendedahan media nasional yang amat bernilai kepada perniagaan kecil.

Kempen lepas turut menghubungkan komuniti setempat melalui penganjuran pestatontonan bersama, sesi ramah mesra serta liputan promosi makanan.

Berikut merupakan info yang diberikan:

Ganjaran Pemasaran Terjamin Untuk Premis Yang Layak

 Premis F&B yang layak akan menerima satu (1) ganjaran pemasaran terjamin, berdasarkan nilai langganan bulanan minimumBizOne mereka.

 
Astro Audio Ads + Slot Buletin Awani

(Langganan minimum: RM1,200 sebulan)

Nilai ganjaran: ± RM163,000

• Slot berdurasi 1 minit beserta temubual di Buletin Awani, saluran berita terkemuka negara

• Liputan atas talian di platform digital & sosial Astro Awani

• 56 slot iklan radio selama 7 hari (8 kali sehari) untuk meningkatkan kesedaran dan menarik pelanggan

 

Astro Audio Ads + Slot TV Borak SeeNI

(Langganan minimum: RM1,000 sebulan)

Nilai ganjaran: ± RM111,000

• Segmen khas di Borak SeeNI, program bual bicara di Astro Prima yang berkonsepkan hiburan dan perniagaan, trend industri serta kisah kejayaan

• Pendedahan tambahan di platform sosial Borak SeeNI

• 56 slot iklan radio selama 7 hari (8 kali sehari) untuk meningkatkan kesedaran dan menarik pelanggan

 

Astro Audio Ads + Artikel Majalah Digital (Langganan minimum: RM800 sebulan)

Nilai ganjaran: ± RM78,000

• Iklan radio berdurasi 30 saat disiarkan 35 kali dalam 7 hari di sehingga dua stesen Astro Radio (Astro Audio memiliki 12 stesen radio seluruh Malaysia termasuk ERA, Hitz, Mix, MY, Raaga, Sinar, Lite, Gegar, Zayan, Melody, GoXuan, ERA Sabah dan ERA Sarawak)  

• Artikel di majalah digital seperti Rasa, Maskulin, Nona atau Vanilla Kismis, membantu premis menyampaikan kisah di sebalik premis mereka dan menarik pelanggan

Kempen Astro BizOne Rewards ini akan berlangsung dari 9 Mac 2026 hingga 31 Januari 2027.

Premis F&B baharu yang melanggan pakej Astro BizOne dengan nilai minimum RM800 sebulan layak menerima ganjaran mengikut tahap langganan secara automatik.

Selepas langganan aktif, pihak AstroBiz akan mengesahkan kelayakan dan menghubungi premis dalam tempoh 60 hari untuk proses penebusan ganjaran.

Astro BizOne menawarkan rangkaian penuh siaran sukan langsung dan kandungan hiburan, termasuk acara utama seperti Premier League, kejohanan BWF, Liga Malaysia, STL, Formula 1, kriket, tenis, serta 26 lagi saluran selain sukan.

Ia juga menawarkan harga langganan yang berpatutan sesuai dengan keperluan perniagaan dan juga kapasiti pelanggan.

 Premis perniagaan yang berminat untuk menyertai kempen ini boleh menghubungi pihak AstroBiz Sales atau mana-mana Rakan Perniagaan Sah, hubungi saluran khidmat pelanggan AstroBiz di talian +603 9544 7566 atau e-mel: [email protected].

Anda mungkin berminat dengan

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement