Skip to main content

Hollywood

Anne Hathaway Sebut ‘Insya-Allah’ Dalam Temu Bual, Curi Perhatian Netizen

Astro Gempak anne insya allah

Sekilas

  • Anne Hathaway mencuri perhatian netizen selepas menggunakan frasa Arab "Insya-Allah" dalam temu bual terbaharunya mengenai penuaan dan perjalanan karier di Hollywood.
  • Pelakon berusia 43 tahun itu berkongsi tentang penghargaan terhadap ketenangan dan sikap ingin tahu dalam menghadapi fasa baru hidup, bukan ketakutan.
  • Video temu bual tersebut mendapat lebih 300,000 tanda suka di TikTok dan menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna, khususnya masyarakat Asia Barat.

Bintang Hollywood, Anne Hathaway mencuri perhatian ramai apabila menyebut frasa Arab “Insya-Allah” dalam satu temu bual terbaharu yang kini tular di media sosial.

Momen tersebut menjadi bualan netizen, khususnya apabila ia diungkapkan dalam konteks perbualan mengenai penuaan dan perjalanan hidup dalam industri perfileman.

Hathaway ditemu bual oleh People Magazine ketika mempromosikan filem terbaharunya, The Devil Wears Prada 2, baru-baru ini.

Pada usia 43 tahun, pelakon itu berkongsi refleksi sepanjang lebih dua dekad berada dalam industri Hollywood, termasuk perubahan cara dia melihat kehidupan dan kerjaya.

“Saya akhirnya menghargai ketenangan,” katanya sambil menjelaskan bahawa dia kini tidak lagi terlalu terkesan dengan turun naik emosi seperti dahulu.

Dalam temu bual sama, Hathaway turut menyatakan bahawa setiap fasa baharu dalam hidup disambut dengan rasa ingin tahu, bukan ketakutan.

“Saya mahu menjalani kehidupan yang panjang dan sihat, Insya-Allah... Saya harap begitu.”

 

The famous American actress Anne Hathaway is causing a big stir after saying the phrase "Insha'Allah" in Arabic during her talk about her future, and she said:

‘I want to live a long and healthy life, Insha'Allah.’ pic.twitter.com/V3vT8TrvAF

— JM News Network (@JMNewsNetwork_) April 21, 2026

 

Penggunaan frasa Arab yang membawa maksud “jika diizinkan Tuhan” itu menarik perhatian ramai, terutama dalam kalangan masyarakat Asia Barat yang sinonim dengan ungkapan tersebut dalam kehidupan seharian.

Video temu bual berkenaan dilaporkan meraih lebih 300,000 tanda suka di TikTok, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna.

Seorang netizen meninggalkan komen berbunyi, “Insya-Allah puteri Genovia saya,” merujuk watak ikonik Hathaway dalam filem The Princess Diaries.

Seorang lagi menulis, “Masya-Allah, Sister Anne.”

Selain itu, ramai turut memuji kematangannya dalam berbicara tentang penuaan, malah ada yang menyifatkan wawancara tersebut sebagai antara yang paling tenang dan menyenangkan untuk ditonton.

Anda mungkin berminat dengan

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Must Watch Video

Advertisement