Skip to main content

Selebriti

Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia

Anak Amyza meninggal

Sekilas

  • Andre Mikhail, anak pelakon Amyza Aznan, meninggal dunia selepas hampir setahun melawan kanser paru-paru tahap tiga.
  • Amyza mengumumkan berita sedih itu melalui Instagram Stories dan memohon orang ramai sedekahkan al-Fatihah untuk anaknya.
  • Sebelum ini, Amyza turut memohon doa dan bantuan perubatan alternatif untuk Andre yang sedang dirawat di hospital.

Anak kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail telah mengembuskan nafas terakhir selepas hampir setahun bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Amyza menerusi kemas kini di Instagram Stories pada Isnin.

"Assalammualaikum dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi, minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya," tulisnya.


Terdahulu, Amyza Aznan memohon doa orang ramai buat anaknya, Andre Mikhail, yang kini sedang dirawat di hospital.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Amyza juga memohon agar sesiapa yang tahu mengenai apa sahaja perubatan alternatif untuk membantu anaknya.

Amyza juga seakan-akan meluahkan rasa kecewa apabila diberi harapan palsu selama setahun dan mahu membawa anaknya keluar dari hospital.

Must-Watch Video

Advertisement