Skip to main content

Hiburan

Amir Ahnaf Kongsi Ciri-Ciri Wanita Untuk Dijadikan Isteri - “Saya Rasa Yang Paling Penting Adalah Sifat…”

ASTROGEMPAK amir Ahnaf

Sekilas

  • Pelakon Amir Ahnaf mengutamakan wanita yang lemah-lembut dan sopan santun sebagai ciri utama calon isteri.
  • Menurutnya, sifat tersebut mencerminkan keperibadian yang baik dan menghormati orang sekeliling termasuk keluarga dan rakan-rakan.
  • Amir menegaskan bahawa sifat lemah-lembut dan sopan santun berkait rapat dengan kebaikan agama seseorang.

Bukan sahaja cantik fizikal, pelakon Amir Ahnaf juga mahu wanita yang mempunyai sifat lemah-lembut dan sopan santun untuk dijadikan seorang isteri. 

 

Menurut pelakon drama ‘Mencari Isteri Sempurna itu, dua sifat itu akan menjadikan individu tersebut mempunyai keperibadian yang baik. 

 

“Baik dan cantik, comel… Amir rasa yang paling penting adalah sifat lemah-lembut, sopan santun. Sebab kalau ada dua sifat ini, dia akan relate dengan sifat kebaikan.

 

“Antaranya sifat hormat menghormati dan sifat murni,” kongsinya menerusi video yang dikongsikan di TikTok Bambamstudioofficial. 

 

Pada perkongsian yang sama, pelakon berusia 26 tahun ini berkata sifat itu juga akan membuatkan individu berkenaan menghormati dirinya, ibu bapa dan kenalannya. 

 

“Bila ada sopan santun dengan lemah-lembut, dia akan boleh hormat saya, akan hormat ibu bapa saya, hormat kawan-kawan yang saya akan bawa jumpa. 

 

“Siapa-siapa jelah. So basically dua ni la. So tunjang utama untuk dua ni, lemah-lembut dan sopan santun adalah baiklah agamanya,” ujarnya lagi.

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Must-Watch Video

Advertisement