Skip to main content

Drama

Allah Dah Set From The Top, Baizura Kahar Comeback Dalam Keluarga Iskandar: “Ini Projek Yang Sesuai…”

baizura-kahar

Sekilas

  • Keluarga Iskandar 3 telah mula ditayangkan pada 6 hingga 8 Februari lalu setiap Jumaat hingga Ahad pukul 9 malam di Astro Ria.
  • Pelakon Baizura Kahar membuat kemunculan semula sebagai watak Dr Sofea selepas berehat lebih 17 tahun dari dunia lakonan.
  • Baizura menyifatkan Keluarga Iskandar 3 sebagai projek yang tepat dan sesuai untuk comeback serta bersedia menerima tawaran lakonan lain.

Tiga episod pertama siri kegemaran yang cukup dinantikan, Keluarga Iskandar 3 sudah menemui peminat bermula 6, 7 dan 8 Februari lalu (setiap Jumaat hingga Ahad) pukul 9 malam di Astro Ria.

Selain karakter utama seperti Khatijah Ali atau Mak Jah (Kismah Johari), Hilal Azman sebagai Aziz Iskandar (Abang Long), Sobri Anuar sebagai Azman Iskandar (Abang Ngah), Susan Lankester sebagai Kamariah Abdullah (Kak Ngah), Azhar Sulaiman sebagai Kamal (Abang Teh), Anita Baharom sebagai Azura Iskandar (Kak Teh) dan Zain Hamid sebagai Azlan Iskandar (Ayah Chik), salah seorang kelibat watak baharu yang memantapkan Keluarga Iskandar musim ketiga ini telah membuat peminat teruja.

Menerusi perkongsian di media sosial seperti Threads, Instagram dan Facebook, ramai teruja melihat pelakon Baizura Kahar kembali ke layar kaca televisyen. 

Ramai yang meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton episod-episod seterusnya demi mengetahui lebih lanjut tentang watak Baizura.

Buat peminat, kemunculan Baizura yang membawa watak Dr Sofea ; isteri kepada Alan sebagai pengubat rindu selepas lebih sedekad tidak menyaksikan pelakon tersebut berlakon.

Baizura kali terakhir berlakon menerusi filem Sepi yang ditayangkan sekitar tahun 2008.

“Jika diikutkan saya kali terakhir berlakon dalam Sepi sekitar tahun 2007, 2008. Kemudian saya berehat panjang. Lama, saya kira sekitar 17 sehingga 18 tahun.

“Dulu saya berlakon untuk menampung perbelanjaan di universiti jadi bila sudah tamat pengajian, saya pilih untuk bekerja, bukan berlakon,” ujar Baizura membuka bicara.

Bercakap mengenai comeback yang dibuat, seperti salah satu dialog paling popular naskhah ini iaitu ‘Allah dah set from the top’, Baizura memberitahu menerima tawaran KL Motion Pictures Sdn Bhd untuk terlibat sama dalam Keluarga Iskandar 3 kerana beberapa faktor.

“Sebenarnya, minat berlakon tidak pernah hilang. Buat saya, dari dulu lagi berlakon merupakan satu satu keghairahan, passion yang sentiasa ada dalam diri. 

“Sekarang anak-anak dah besar, saya rasa ini waktu yang sesuai untuk comeback tapi dengan syarat ada the right projek.

“Buat saya yang sudah lama tidak berlakon, saya perlu memastikan diri terlibat dengan projek yang sesuai. Dan ini adalah waktu yang tepat serta projek yang tepat,” ujar Baizura.

Menurutnya lagi, sebagai seorang penulis yang sudah biasa bekerja dengan produksi sama, termasuk pengarah dan penulis skrip Keluarga Iskandar, Wan Hazliza Wan Zainuddin, terlibat dalam musim terkini drama bersiri yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2012 memberi keselesaan buatnya.

Sementelah dia menyifatkan Keluarga Iskandar 3 yang diterbitkan sebanyak 24 episod tidak terlalu ‘berat’ sekaligus menjadi batu loncatan terbaik buat dirinya kembali aktif berlakon.

“Sebagai penulis saya sudah biasa bekerja dengan KL Motions dan Wan Hasliza jadi memang selesa, sudah kenal style penulisan skrip juga kenal style komedinya. Jadi So comeback, saya sifatkan projek Keluarga Iskandar 3 ini tidak terlalu heavy.

“Jujurnya saya rasa ini batu loncatan buat saya kembali aktif dalam industri,” katanya tanpa berselindung.

Dengan pembabitan sulung di Keluarga Iskandar 3, Baizura mengumumkan dia bersedia menerima tawaran berlakon.

“Saya seronok kembali berlakon dan jika ada tawaran serta projek yang sesuai mahu diberikan kepada saya, projek yang speaks to me, saya akan terima,” tutupnya.

Keluarga Iskandar 3 dapat ditonton setiap Jumaat hingga Ahad jam 9 malam di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement