Sekilas
- Amyza Aznan berterima kasih kepada Datuk Alha Alfa atas inisiatif jualan khas yang membantu menampung kos perubatan anak keduanya, Adrian Adam, yang menghidap kanser tulang.
- Amyza meluahkan rasa terharu dan hanya mampu mendoakan dari jauh sebagai penghargaan atas usaha murni Datuk Alha dan pasukannya.
- Datuk Alha Alfa telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM20,000 hasil jualan khas untuk membantu rawatan Adrian Adam.
Pelakon, Amyza Aznan meluahkan rasa terharu atas inisiatif usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa yang mengumumkan jualan untuk mengumpul dana bagi menampung kos perubatan anak keduanya, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang.
Menerusi Instastory, Amyza memaklumkan tiada kata-kata yang mampu diungkap sebaliknya hanya mampu berdoa dari jauh sebagai penghargaan atas usaha murni yang dilakukan Alha.
“Saya tak tahu apa kata-kata nak saya ucapkan kepada insan yang bernama Datuk Alha Alfa. Ini kali kedua beliau membuat jualan untuk membantu urusan perubatan anak saya, kesungguhan beliau dan pasukan untuk membantu anak saya mendapatkan rawatan yang terbaik.
“Datuk, hanya doa dalam hati yang mampu dilakukan untuk Datuk dan team. Doa yang tak terluah dengan kata-kata untuk saya tulis,” kongsinya.
Terdahulu, Alha menyampaikan amanah sebanyak RM20,000 hasil daripada jualan khas yang dibuatnya bagi membantu anak kedua, Amyza iaitu Adrian Adam yang kini sedang berjuang melawan kanser tulang.

Sumber: Instastory Amyza Aznan