Skip to main content

Hiburan

Alami Simptom ‘Leaky Gut’, Daiyan Trisha Amal Diet Sihat - “Saya Cepat Penat, Brain Fog Dan…”

Daiyan Trisha

Sekilas

  • Daiyan Trisha kini mengamalkan diet sihat selepas mengalami simptom berkaitan sakit usus bocor seperti cepat penat dan breakout.
  • Dia mengurangkan pengambilan gula, elak makanan laut dan daging kecuali ayam kampung dan ikan, serta mendapatkan khidmat cef peribadi untuk bantu urus pemakanan.
  • Daiyan juga berkongsi cabaran kekal konsisten dalam diet ini dan menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga kesihatan.

Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha berkongsi pengalamannya yang kini perlu mengamalkan diet sihat selepas berdepan dengan masalah kesihatan.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin ini memaklumkan bahawa dia mula mengamalkan diet tersebut selepas mengalami beberapa simptom berkaitan dengan sakit usus bocor.

“Saya buat video ini sebab saya nak kongsikan yang sebenarnya saya sudah hari kesepuluh melakukan gut reset diet.

“Untuk diet ini, saya cut sugar, banyak protein, makanan laut dan daging saya tak makan, Saya makan ayam sahaja, itu pun ayam kampung dan juga ikan.

“Saya buat diet ini sebab saya perasan ada simptom leaky gut, cepat penat, breakout, brain fog dan lembab, begitulah,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, pelakon drama Project High Council ini turut mengambil pendekatan mendapatkan perkhidmatan cef peribadi bagi menjaga pemakanannya.

“Sebelum ini saya ada tanya tentang cef peribadi di Threads kerana panduan diet untuk saya sangat ketat. Saya sangat sibuk dan tak boleh sediakan makanan sendiri.

“Boleh makan nasi tapi kebanyakkan benda yang saya selalu makan selama ini sudah tak boleh makan,” kongsinya lagi.

Perjelas penyanyi berusia 32 tahun itu, agak sukar untuknya kekal konsisten melakukan diet tersebut namun dia tetap bersemangat melakukannya.

“Minggu pertama, saya tak selalu minum gula, tapi saya macam sugar withdrawal sikit dan rasa pening kepala tapi saya masih boleh berfungsi sebab tidak terlalu bergantung sangat. Tapi saya masih bergelut, saya baru sedar yang saya sangat bergantung pada makanan untuk kawal emosi.

“Saya memang makan makanan sihat, cuma kadang-kadang bila kita teringin nak makan makanan kegemaran..contohnya makanan gorengan dan sebagainya.

“Saya rasa okey tapi saya tak sabar nak habiskan walaupun ia agak intensif. Saya kena buat ini selama sebulan.

“Saya dapat tahu yang saya alahan kepada udang dan ketam, yang mana saya dah makan macam selalu sepanjang hidup saya. Jadi ia mungkin memberi kesan kepada usus saya secara asasnya, saya rasa itulah masalahnya,” ujarnya.

Di akhir perkongsian, Daiyan menasihati orang ramai untuk sentiasa mengambil berat dan tidak mengabaikan kesihatan mereka.

Terdahulu, Daiyan menyorot perhatian apabila berkongsi bahawa dia memerlukan khidmag seorang cef yang berkemahiran dalam menyediakan hidangan harian berkonsepkan pemakanan sihat di platform Threads.

Sumber: TikTok Daiyan Trisha

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement