Skip to main content

Selebriti

“Lelaki Jangan Ragebait Isu...” - Nadia Annuar Bagi 'Pesanan' Pedas Untuk Netizen

nadia annuar

Sekilas

  • Nadia Annuar menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan isu sensitif berkaitan jantina untuk mendapatkan perhatian kerana ia boleh menyinggung perasaan pihak lain.
  • Beliau mengingatkan lelaki supaya fokus pada hal-hal penting seperti kesihatan dan kerjaya, dan tidak mempersoalkan penampilan atau tindakan wanita.
  • Netizen terutamanya wanita menyokong kenyataan Nadia dan menegaskan hak mereka untuk membuat pilihan sendiri tanpa dipertikaikan.

Pengacara dan personaliti TV, Nadia Annuar menitipkan pesanan terbuka kepada orang ramai agar tidak menggunakan isu sensitif berkaitan jantina demi mendapatkan perhatian orang ramai.

Menurutnya, perkara tersebut tidak sepatutnya dinormalisasikan kerana ia boleh menyinggung mana-mana pihak.

"Lelaki tolong jangan 'ragebait' guna isu perempuan seperti gemuk, solekan dan janda. Tak baik la. Banyak lagi cara nak minta perhatian. Perempuan pun sama, jangan guna isu menggoda lelaki orang. Tak seronok. Kalau kena pada diri sendiri, mampu buat lawak lagi ke?," tulisnya.

Dalam masa sama, dia turut berpesan kepada golongan lelaki untuk memberikan tumpuan pada hal-hal yang lebih penting berbanding mempersoalkan tentang pemakaian, penampilan dan tindakan wanita.

"Lelaki jaga hal lelaki sahaja. Contoh, cara buang boroi, cara tak bagi botak, berhenti merokok, seni bela diri, kerja atau cari duit. Sebab bab-bab gosip dan mengadu ini serahkan pada perempuan sahaja.

"Selepas itu, tak perlu sibuk kenapa perempuan macam ini macam itu. Sampai masa pilih yang kau suka. Mungkin yang kau tak suka itu orang lain suka.

"Tak perlu menghina make up tebal atau nipis, baju bunga, seluar yengki, minum matcha atau kopi dan sado atau montel. Asalkan bukan bini kau, tak perlu nak sibuk tahu mengapa orang buat sedemikian," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen khususnya golongan wanita menyokong kenyataan Nadia dan berpendapat bahawa sebarang pemilihan dalam hidup adalah hak mereka dan tidak patut dipertikaikan.

"Betul. kita beli alat solek bukan guna duit mereka.

"Betul tu. Saya setuju.

"Sangat betul, sibuk kita pakai make up, lelaki pakai 'contact lens' kita tak bising pun," komen mereka.

Must-Watch Video

Advertisement