Skip to main content

Hiburan

Ajak Keluar Tanpa Isteri & Anak, Sharifah Zarina Dakwa Athalia Diganggu Suami Kepada Selebriti Terkenal? - “Berani Sungguh…”

Sharifah Zarina

Sekilas

  • Sharifah Zarina dedah anaknya, Athalia, diganggu oleh seorang lelaki berstatus suami orang yang kerap membalas komen di Instastory dengan alasan bertanya khabar.
  • Lelaki tersebut didakwa mempelawa Athalia keluar berdua-duaan tanpa anak dan isteri, walaupun dia seorang suami kepada selebriti terkenal.
  • Sharifah tampil menegur lelaki itu secara terbuka di media sosial untuk hentikan gangguan dan mendapat sokongan warganet sebagai ibu yang prihatin.

Penyanyi, Sharifah Zarina menyorot perhatian apabila mendakwa anaknya, Athalia diganggu oleh seorang lelaki berstatus suami orang.

Menerusi ciapan di Threads, Sharifah mendakwa bahawa lelaki tersebut kerap membalas komen di ruangan Instastory Athalia dengan alasan untuk bertanya khabar.

Lebih parah, lelaki yang dikatakan suami kepada selebriti terkenal itu didakwa turut mempelawa Athalia untuk keluar berdua-duaan tanpa anak dan isterinya.

“Tak suka media sosial dicemari macam ini tapi ini satu jalan terbaik untuk hentikan tanpa sakitkan hati sesiapa kecuali yang berkenaan.

“Minta tolong sangat-sangat suami orang ni untuk henti daripaada mengganggu  Athalia. Mula-mula balas story di IG konon tanya khabar, last-last ajak keluar berdua saja tanpa anak dan isteri.

“Allahuakhbar, berani sungguh. Jangan nanti terkantoi dengan isteri awak yang juga selebriti terkenal tu. Lepas itu nanti kata anak saya pula yang menggatal,” kongsinya.

Tambah, pelantun lagu Langit Ketujuh itu, dia mengakui lelaki tersebut merupakan seorang yang baik namun sikapnya sebegitu tidak boleh diterima memandangkan dia berstatus suami orang.

Sharifah juga menjelaskan bahawa tindakannya untuk membuat hantaran tersebut adalah untuk menyampaikan mesej kepada individu berkenaan.

“Saya tulis ni sebab saya tahu benda ni akan sampai kepada awak. Boleh je kalau nak mesej awak atau isteri awak tapi tak sampai hati nak rosakkan rumah tangga kalian.

“Takut juga nanti yang berbaiknya korang dan yangjahatnya kami. Saya akui sepanjang perkenalan, awak memang sangat baik orangnya tapi sebagai seorang suami perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

“Bersyukurlah dengan keluarga yang awak ada skrg. Mereka orang hebat dan taste Athalia bukan orang macam awak,” kongsinya.

Luahan berani Sharifah Zarina itu kemudiannya mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya menyokong tindakannya sebagai seorang ibu yang tampil melindungi anak daripada gangguan tidak bermoral di media sosial.

Sumber: Threads Sharifah Zarina

Must-Watch Video

Advertisement