Skip to main content

Hiburan

Ajai Sifatkan Konflik Nourul Depp Dan Anak Perkara Sensitif, Mahu Beri Ruang Selesaikan Masalah - “Gaduh Ini Semua Sebab Sayang…”

Astro Gempak 361

Sekilas

  • Ajai anggap perselisihan faham antara bekas isteri, Nourul Wahab, dan anak mereka, Ayu Nazirah, sebagai isu sensitif yang memerlukan ruang untuk diselesaikan.
  • Ajai sudah menasihati Ayu supaya menghormati ibu dan percaya hubungan mereka akan pulih pada masa yang sesuai.
  • Nourul dedahkan konflik itu dipengaruhi oleh pihak ketiga dan hubungan mereka masih belum selesai sepenuhnya.

Penyanyi dan komposer Ajai menyifatkan perselisihan faham antara bekas isterinya, Nourul Wahab dan anak sulung mereka, Ayu Nazirah sebagai perkara sensitif yang memerlukan ruang untuk diselesaikan.

Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 52, berkata konflik tersebut berkemungkinan berpunca daripada sikap kedua-duanya yang mempunyai persamaan.

“Mengenai ibu dan anak ini, ia agak sensitif sedikit. Saya rasa masalah yang Ayu dan Nourul hadapi ini mungkin sebab mereka berdua perangai sama.

“Sana sensitif dan sini pun sensitif. Jadi pada saya tiada siapa yang salah. Kita doakan sahaja,” katanya.

Menurutnya, sebagai bapa dia sudah menjalankan tanggungjawab untuk menasihati anaknya agar menghormati ibu selain cuba memujuk supaya keadaan kembali reda.

“Saya sebagai bapa sentiasa nasihatkan anak supaya hormat orang tua. Saya pun sudah pujuk Ayu.

“Lagipun dia bukan budak-budak, sudah matang,” ujarnya.

Tambah Ajai, walaupun dia kerap bertemu Ayu, dia tidak terlalu mendalami isu tersebut, sebaliknya lebih menekankan nilai kasih sayang seorang ibu.

“Saya memang selalu jumpa Ayu, tapi kurang bertanya mengenai perkara ini.

“Tetapi saya selalu bercakap tentang kebaikan seorang ibu kepadanya,” katanya.

Dalam masa sama, Ajai optimis hubungan ibu dan anak itu akan kembali pulih apabila tiba waktu yang sesuai.

“Saya rasa insya-Allah bila tepat waktunya, doa untuk berbaik itu akan menjadi.

“Mereka akan terbuka hati semula. Gaduh ini semuanya sebab sayang,” ujarnya.

Terdahulu, Nourul mendedahkan dalam satu podcast bahawa hubungannya dengan Ayu masih belum menemui jalan penyelesaian.

Menurut Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, konflik tersebut bukan berpunca daripadanya, sebaliknya dipengaruhi oleh pihak ketiga.

Untuk rekod, Ayu merupakan anak hasil perkahwinan Ajai dan Nourul sebelum pasangan itu bercerai pada Februari 2007.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must-Watch Video

Advertisement