Pelakon, Afifah Nasir berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan bayi lelaki pada Ahad lalu,
Menerusi hantaran di Instagram, Afifah atau nama penuhnya Nur Afifah Nasir berkongsi berita gembira itu dengan meluahkan rasa syukur atas kurniaan cahaya mata sulung mereka.
Advertisement
“Dicipta dengan penuh kasih sayang, diberkati oleh Allah. Alhamdulillah, cahaya mata kami, anugerah terindah dari-Nya,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Red Velvet itu memuat naik foto suaminya yang sedang mencium dahi dan wajah anak mereka yang ditutup dengan emoji berbentuk hati.
Afifah turut mendedahkan nama putera sulungnya iaitu Syed Armand Mateen yang dilahirkan dengan selamat.
Sebelum ini, pada Mei lalu, Afifah berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya berbadan dua selepas setahun mendirikan rumah tangga;
Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz diijabkabulkan pada Mei tahun lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.