Skip to main content

Selebriti

Adam Corrie Kongsi Cabaran Dunia Lakonan - “Nampak Glamor Di Layar, Sebenarnya Penuh…”

Adam Corrie

Sekilas

  • Adam Corrie berkongsi bahawa dunia lakonan jauh berbeza daripada gambaran glamor yang sering dilihat penonton.
  • Kerjaya pelakon memerlukan kesabaran, disiplin masa, dan pengorbanan kerana jadual kerja yang padat dan keadaan lokasi penggambaran yang tidak selalu selesa.
  • Adam membawa peralatan sendiri seperti kerusi lipat dan kipas kecil untuk keselesaan semasa menunggu penggambaran, sebagai inisiatif peribadi dan bukannya kerana kekurangan kemudahan produksi.

Pelakon, Adam Corrie berkongsi realiti sebenar dunia lakonan yang menurutnya jauh berbeza daripada apa yang sering dilihat penonton di kaca televisyen.

Menurut Adam, ramai yang menganggap kerjaya sebagai pelakon penuh glamor dan kemewahan.

Namun kata Adam, hakikatnya, kehidupan di set penggambaran memerlukan kesabaran, disiplin yang tinggi, pengorbanan masa dan tenaga.

“Ramai orang nampak dunia lakonan itu glamor. Tapi yang berada di set tahu realitinya. Nak jadi pelakon bukan sekadar ada bakat.

“Adab kena jaga. Disiplin masa kena kuat. Kami bekerja tak kira masa. Kadang-kadang makan pun tak sempat pilih tempat,” kongsinya menerusi hantaran di Threads.


Tambah Adam lagi, situasi di lokasi penggambaran juga tidak selalu selesa dan bergantung kepada keadaan tempat serta jadual kerja yang padat.


Selain itu, proses menunggu untuk penggambaran sesuatu babak juga boleh mengambil masa yang lama, sehingga berjam-jam sebelum tiba giliran pelakon untuk melakonkan adegan masing-masing.

“Ada masa makan di tepi jalan. Ada masa duduk sahaja di tepi longkang, ikut keadaan lokasi penggambaran.

“Menunggu scene pula kadang-kadang berjam-jam. Sebab itu saya selalu buat persediaan sendiri.

“Saya bawa kerusi lipat, kipas kecil, air minuman dan beberapa keperluan lain supaya lebih selesa sementara menunggu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Adam menegaskan langkah tersebut bukan kerana pihak produksi tidak menyediakan kemudahan, sebaliknya sekadar inisiatif peribadi untuk memastikan dirinya lebih selesa ketika bekerja.

“Bukan kerana production tak sediakan. Mereka tetap sediakan, cuma kadang-kadang seadanya.

“Kalau kita mahu lebih selesa, kita sendiri kena bersedia. Dalam dunia kerja seperti ini, berdikari itu juga sebahagian daripada disiplin.

“Dan di situlah kita belajar satu perkara, yang nampak glamor di layar, sebenarnya penuh sabar di belakang tabir,” jelasnya.

Sumber: Threads @adamcorrielee

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement