Skip to main content

Hiburan

Ada Sebab Mia Sara Baru Bersuara Isu Didakwa Membuli Puteri Balqis - “Nak Ruang Untuk Pihak Sana Berfikir, Kalau Boleh Tak Nak…”

ASTROGEMPAK Mia Sara

Sekilas

  • Mia Sara kecewa dengan serangan peribadi dan body shaming yang diterimanya selepas memberi penjelasan mengenai isu didakwa membuli Puteri Balqis.
  • Dia memberi ruang kepada pihak Puteri Balqis untuk berfikir dan berharap isu ini tidak dibawa ke mahkamah demi mengelakkan kesulitan.
  • Mia memberi amaran bahawa dia akan meneruskan tindakan undang-undang jika namanya terus diburukkan oleh pihak lain.

Susulan kenyataan yang diberikan Mia Sara berhubung isu didakwa membuli aktres Puteri Balqis, terdapat segelintir netizen yang berterusan menyerang pelakon berusia 21 tahun itu. 

 

Menerusi platform Threads, Mia meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang didakwanya enggan menerima penjelasan diberikan, malah bertindak melemparkan komen berunsur peribadi.

 

Menurutnya, perbincangan yang sepatutnya berasaskan fakta bertukar menjadi serangan berbentuk ‘body shaming’ dan sindiran tidak matang.

 

“Bila dah kalah dengan fakta, mulalah kata tak nak dengar, body shaming dan sebagainya. Macam budak bila kalah perdebatan,” kongsinya. 

 

Membalas salah satu komen netizen yang mempersoalkan tindakannya baru bersuara, Mia berkata dia mahu memberi ruang kepada pihak Puteri Balqis untuk berfikir kerana sebolehnya enggan membawa isu tersebut ke mahkamah. 

 

“Orang nak bagi ruang untuk pihak sana berfikir, kalau boleh tak nak masuk mahkamah, akan menyusahkan pihak sana, saya masih ada empati,” katanya. 

 

Mia turut memberitahu dia masih memberi peluang kepada pihak sana untuk berfikir dan hanya akan meneruskan tindakan undang-undang jika masih namanya diburukkan. 

 

“Saya tidak akan cakap yang saya tidak mahu teruskan. Jawapan saya adalah saya beri mereka amaran. Jadi mereka ada masa untuk berfikir secara rasional. 

 

“Tapi seperti yang saya katakan, kalau masih nak memburukkan, saya akan teruskan,” ujarnya lagi.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement