Sekilas
- Khairul Aming berkongsi video di sebalik tabir pekerjanya di restoran Rembayung untuk tunjuk realiti cabaran dalam industri F&B.
- Video tersebut menggambarkan tekanan dan kepenatan yang dihadapi pekerja setiap hari dalam persekitaran kerja mereka.
- Khairul Aming berharap orang ramai lebih menghargai dan berempati dengan usaha golongan pekerja dalam semua jenis perniagaan makanan dan minuman.
Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming, mempunyai sebab tersendiri berkongsi video di sebalik tabir yang memaparkan para pekerjanya melakukan tugasan harian di restoran miliknya, Rembayung.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Khairul Aming memaklumkan rakaman tersebut bukan sekadar kandungan semata-mata, sebaliknya bertujuan memberi gambaran sebenar mengenai cabaran yang dihadapi dalam industri makanan dan minuman (F&B).
“Sebenarnya saya suruh record content macam ni sebab nak tunjuk realiti dunia F&B. They go through stressful environment setiap hari.
“Sangat-sangat penat. Cuma, kadang-kadang orang tak nampak benda macam ni,” jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, Khairul Aming juga berharap orang ramai dapat membuka mata dan lebih menghargai usaha golongan pekerja dalam industri berkenaan.
“Bila nampak realiti macam ini, kita akan ada lebih empati kepada pekerja f&b.
“Regardless staff tu kerja cafe, khemah tepi jalan, restoran, kiosk, or food festival dan sebagainya,” tulisnya.
Sumber: Threads @khairulaming