Skip to main content

Kpop

Rayakan 20 Tahun Di Coachella, Big Bang ‘Tak Layan’ Permintaan Wawancara: “Satu-Satunya Band K Pop Yang…”

Astro Gempak bigbang

Sekilas

  • Big Bang membuat kemunculan istimewa di Festival Coachella dengan tiga anggota asal mereka meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan itu.
  • Penampilan mereka mendapat sambutan hangat peminat, walaupun TOP tidak muncul bersama di pentas.
  • Big Bang dikatakan menolak temu bual dengan media Barat seperti New York Times dan Rolling Stone, menunjukkan mereka fokus pada persembahan tanpa perlu perhatian media berlebihan.

Festival Coachella yang berlangsung di Indio, California membawa banyak cerita sementelah ia disertai oleh pemuzik dan artis hampir dari seluruh dunia.

Salah satu pemuzik yang menjadi perhatian adalah band K Pop tersohor Korea Selatan, Big Bang.

Penampilan Big Bang menjadi persembahan paling ditunggu peminat memandangkan ia dijayakan oleh tiga anggota asalnya yang pertama kali bergabung dan meraikan ulang tahun penubuhan mereka yang ke-20 tahun iaitu G Dragon, Taeyang dan Daesung.

Menerusi banyak perkongsian di media sosial, peminat melahirkan rasa teruja dan ada yang menangis melihat persembahan Big Bang dalam festival tersebut.

Bagaimanapun ramai yang kecewa kerana salah seorang anggota Big Bang iaitu TOP tetap tidak muncul di pentas bersama rakan yang lain.

Namun dalam kebanyakan perkongsian di media sosial, antara yang disorot adalah perkongsian mengenai Big Bang didakwa menolak untuk diwawancara media Barat.

“Big Bang adalah satu-satunya band K Pop yang menolak untuk diwawancara. G Dragon malah secara peribadi menolak temu bual daripada New York Times,” cuit seorang pengguna di X yang mendakwa dirinya sebagai wartawan daripada organisasi tersebut.

Bukan hanya New York Times, ada juga pengguna media sosial mendakwa Big Bang turut menolak temu bual bersama majalah berpengaruh, Rolling Stone, lapor Star News.

Tindakan Big Bang disifatkan sebagai hebat dan dilihat tidak memerlukan perhatian berlebihan daripada media Barat. Peminat mengatakan mereka hanya mahu datang dan bergembira melakukan persembahan di Coachella.

“Tolak New York Times dan Rolling Stone, Big Bang tidak perlukan verifikasi,” cuit seorang pengguna media sosial.

Pada penampilan yang membuatkan Big Bang trending itu, band tersebut membawakan 17 lagu dengan durasi 60 minit. Big Bang dijadualkan membuat persembahan kedua di minggu kedua Coachella pada 19 April ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Must-Watch Video

Advertisement