Skip to main content

Hajat Tercapai! Fadhilah Intan Tak Sangka Dapat Nyanyi Dengan Aina Abdul Di Pentas Anugerah - "Kesempatan Dapat Duet Dengan Dia Sangat..."

Fadhilah Intan

Penyanyi Indonesia, Fadhilah Intan meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menyanyi di sebuah pentas anugerah akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Fadhilah, hasrat untuk menyanyi di sebuah pentas anugerah berprestij sudah lama tersemat di hatinya dan tidak menyangka doa itu dimakbulkan apabila berpeluang untuk menyanyi bersama Aina Abdul di pentas Gempak Most Wanted Awards 2025 baru-baru ini.

"Saya rasa bersyukur sangat dan benar-benar menjadi salah satu wishlist yang saya selalu doakan semasa solat. Memang saya teringin menyanyi di sebuah award show dan alhamdulillah doa itu dikabulkan melalui Aina Abdul.

"Dua tahun lalu saya pernah ke sini tapi saya hanya datang untuk menonton show sahaja, jadi saya berdoa kepada Allah supaya satu hari nanti saya juga dapat buat persembahan disini dan ia dimakbulkan,"katanya kepada Gempak.

Momen itu menjadi lebih manis apabila dia berpeluang untuk menyanyikan lagu 'Arah Cinta Sejati' bersama Aina Abdul di pentas itu.

“Apalagi saya dapat menyanyi bersama Aina. Dan Aina tuh adalah idola saya. Dua tahun yang lalu saya belum kenal Aina, terus sekarang dapat kesempatan duet bersama dia itu sangat luar biasa," ujarnya.

Dalam pada itu, Fadhilah turut berharap lagu duet mereka berjudul Arah Cinta Sejati bukan sahaja diterima baik oleh pendengar, malah mampu memberi suntikan semangat kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan.

“Saya berharap semoga lagu ‘Arah Cinta Sejati’ ini bukan cuma disukai peminat, tapi juga boleh membawa motivasi buat pendengar karena liriknya itu sangat memberi semangat kepada hidup kita.

"Yang mungkin kita lagi banyak masalah, atau mungkin lagi keadaannya not okay, tapi mungkin dengan mendengar lagu ‘Arah Cinta Sejati’ boleh lebih semangat untuk menjalani semua kehidupannya.” tambah Fadhilah.

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Must-Watch Video

Advertisement