Sekilas
- Fathia Latiff menghadiri majlis ilmu anjuran Neelofa untuk mencari ilmu dan keluar dari rutin harian.
- Fathia berterima kasih kepada sahabatnya, Lufya Omar, yang mengajaknya ke majlis tersebut dan sentiasa mengingatkan tentang kebaikan.
- Perkongsian Fathia mendapat reaksi positif netizen yang mendoakan agar dia terus istiqamah dalam perjalanan hidupnya.
Pelakon, Fathia Latiff mencuri perhatian selepas berkongsi momen menghadiri sebuah majlis ilmu anjuran aktres, Neelofa.
Menerusi perkongsian di media sosial, Fathia berkata kehadirannya ke majlis tersebut adalah untuk mencari ilmu, keluar daripada rutin harian serta menikmati suasana baharu.
“Aku pergi majlis ini sebab nak keluar rumah, dengar ilmu dan tengok suasana baru. Kalau best, alhamdulillah. Kalau biasa-biasa sahaja, sekurang-kurangnya aku dah buat sesuatu untuk diri aku,” tulisnya.
Dalam sebuah hantaran lain, Fathia turut menzahirkan penghargaan kepada sahabat baiknya, penyanyi Lufya Omar yang mengajaknya ke majlis penuh barakah tersebut.
Menurut Fathia, dia menghargai usaha Lufya yang sentiasa mengingatkan dirinya kepada perkara kebaikan serta mendekatkan diri dengan ilmu agama.
“Terima kasih sahabatku Lufya atas jemputan ke majlis ilmu ini. Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan aku kepada perkara yang baik dan membawa aku lebih dekat kepada ilmu dan kasih sayang Allah,” ujarnya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya gembira melihat perkembangan terbaharu Fatiya selain mendoakan agar pelakon drama Ariana Rose itu terus istiqamah dalam perjalanan hidupnya.
“Jaga circle selepas ini. Awak akan jadi orang yang lebih sukses. Semoga istiqomah.
“Omg our Queen dah kembali.
“Sukanya lihat awak gembira seperti ini. Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan mengurniakan kebahagiaan pada awak selamanya.
“Teruskan apa yang awak buat. Awak di jalan yang benar. Sangat gembira dan bangga,”komen netizen.