Skip to main content

Viral

Untung RM10,000 Sehari, Peniaga Durian Viral Lalui Banyak Dugaan - "Sedih Bila Orang Cuba ..."

Astro Gempak durian viral

Sekilas

  • Durian Papa Muda kembali viral selepas video pekerja lelaki membuka baju ketika mengurus jualan durian tular di media sosial.
  • Pemilik, Muhamad Hairul Hafiz, jelaskan tindakan itu hanya rutin biasa bekerja di bawah panas dan bukan untuk unsur tidak senonoh.
  • Durian Papa Muda kini beroperasi di Laman Duta, Putrajaya dengan promosi Musang King serendah RM15 sekilogram dan membuka peluang pemborong seluruh negara.

Nama Durian Papa Muda kembali menjadi perhatian ramai apabila video sekumpulan pekerja lelaki membuka baju ketika menguruskan jualan durian tular di media sosial.

Biarpun pernah menerima pelbagai kecaman, pemiliknya, Muhamad Hairul Hafiz tetap meneruskan strategi promosi yang mencetuskan fenomena itu kerana percaya orang ramai memahami situasi sebenar di sebalik video yang dikongsikan.

Menurut Hairul, apa yang dipaparkan di media sosial hanyalah sebahagian daripada rutin harian mereka ketika memunggah durian di bawah cuaca panas.

“Rasanya biasa sahaja apabila golongan lelaki membuka baju ketika bekerja di bawah panas terik. Kami pun tidak mahu baju terkena peluh ketika proses memunggah buah durian keluar dari lori.

“Sepanjang melakukan jualan, kami berbaju. Bukan kami mahu mempromosikan tubuh badan atau unsur tidak senonoh. Cuma apa yang dipaparkan di media sosial disalah ertikan sesetengah pihak,” katanya.

Meskipun pernah menjadi sasaran kritikan, Hairul mengakui dia tidak pernah mengambil hati dengan komen negatif yang diterima.

“Tidak kisahlah jika ada yang mengecam. Kami seronok menunjukkan proses berniaga. Apa yang penting, kualiti buah kami sentiasa terjaga,” ujarnya.

Menurut Hairul, populariti yang diraih sejak dua tahun lalu turut memberi impak besar kepada perniagaan mereka sehingga mampu menjana jualan mencecah sekitar RM10,000 sehari.

Namun di sebalik kejayaan itu, dia mengakui pernah berdepan pelbagai cabaran termasuk dikhianati oleh individu yang dipercayai.

“Paling sedih apabila orang yang kita percaya pun cuba mengambil kesempatan. Namun, saya anggap ia sebagai dugaan dalam perniagaan.

“Semua itu proses untuk saya belajar dan memperbaiki strategi,” katanya.

Tambah Hairul, dia sentiasa menganggap semua pekerjanya sebagai keluarga dan enggan membiarkan cabaran yang datang melemahkan semangat mereka.

“Perniagaan ini bukan melibatkan saya seorang sahaja. Semua kakitangan yang bekerja saya sudah anggap seperti keluarga.

“Jadi, saya tidak boleh patah semangat apabila berdepan ujian. Biarlah saya sendiri yang menanggung kesusahan itu,” katanya lagi.

Kini, Durian Papa Muda beroperasi di lokasi baharu di Laman Duta, Presint 15, Putrajaya sempena musim durian tahun ini.

Bagi memeriahkan lagi jualan, mereka turut menawarkan promosi durian Musang King pada harga serendah RM15 sekilogram.

“Ramai yang risau tentang harga apabila menyebut Musang King. Kami mahu semua dapat menikmati durian musim ini.

“Bukan sekadar mahu mengaut keuntungan, kami juga mahu berkongsi rezeki,” katanya.

Dalam masa sama, Hairul turut membuka peluang kepada pemborong di seluruh negara untuk mendapatkan bekalan durian daripada kebun miliknya yang terletak di Pagoh, Johor.
 

Anda mungkin berminat dengan

SCVCN Running Sunglasses Cool UV400 for Unisex

SCVCN Running Sunglasses Cool UV400 for Unisex

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

Must Watch Video

Advertisement