Skip to main content

Gaya Hidup

Pernah Terfikir Ada Simptom Bipolar, Aiman Zamri Pilih Kekuatan Spiritual Sebagai Penawar - “Bila Dekat Public…”

Miman

Personaliti media sosial, Aiman Zamri mendedahkan pernah menerima pelbagai tanggapan negatif daripada segelintir pihak yang menyangka dirinya mengalami masalah mental hanya kerana cara dia mengekspresikan diri melalui seni.

Advertisement


Menurut Aiman, keluarganya dan rakan-rakan rapat yang berada dalam bidang sama amat memahami dirinya, namun persepsi masyarakat umum sering kali berbeza.

“Keluarga dan kawan-kawan mereka sangat terbuka lebih-lebih lagi mereka yang berada dalam bidang yang sama dengan saya.

“Cuma bila dekat public mereka tidak tahu mengenai seni ini jadi mereka akan cakap terus kepada saya untuk mendapatkan bantuan dan berfikiran yang saya mempunyai masalah mental,” katanya kepada Gempak.


Dalam pada itu, Aiman atau lebih mesra dipanggil sebagai Miman akui pernah berasa keliru dengan perasaannya sendiri dan mengakui ada ketika dia mencari jawapan di internet tentang simptom kesihatan mental.

Namun begitu, Aiman menegaskan bahawa doa dan kekuatan spiritual menjadi pegangan utama dalam menghadapi cabaran mental dan emosi dalam hidupnya.


“Ada masa saya suka search dekat Google dan fikir diri saya macam ada simptom bipolar semua ni. Sejujurnya saya pernah terfikir tapi saya tahu saya tak akan pergi sebab walaupun ada orang nak cakap saya gila tapi sebagai seorang muslim saya cuba sedaya upaya untuk berdoa.

“Saya rasa itu adalah cara terbaik untuk saya. Psychiatrist mungkin boleh bantu tapi saya rasa dengan berdoa akan lebih membantu untuk saya selesaikan masalah seperti ini,” ujarnya.

Terdahulu, Miman tular di media sosial selepas berkongsi lukisan mistiknya bersama wargnanet.


Ikuti temu bual penuh bersama dengan Podcast Terlarang:

Must-Watch Video

Advertisement