Usahawan dan pengasas jenama AURAMARIA, Madam Mariyah terus melangkah ke hadapan dalam dunia perniagaan apabila memperkenalkan produk terbaharu di bawah jenamanya iaitu Jus Wanita Che’Tat.
Produk tersebut diformulasikan khas untuk memenuhi keperluan wanita moden yang semakin mementingkan aspek penjagaan diri dan kesejahteraan dalaman. Pelancaran Jus Wanita Che’Tat juga dilihat sebagai salah satu usaha AURAMARIA dalam memenuhi permintaan pasaran terhadap produk kesihatan dan penjagaan wanita yang berkualiti.
Menurut Madam Mariyah, penghasilan produk tersebut mencerminkan komitmen berterusan AURAMARIA untuk menawarkan pilihan terbaik kepada pengguna, khususnya golongan wanita yang sentiasa berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian.
Pelancaran produk berkenaan hadir tepat setahun selepas Madam Mariyah melalui episod kehidupan yang pernah mendapat perhatian ramai. Namun, beliau memilih untuk tidak menoleh ke belakang, sebaliknya memberi fokus kepada keluarga, pembangunan diri serta mengukuhkan empayar perniagaan yang dibinanya.
Madam Mariyah turut meluahkan rasa syukur kerana masih menerima sokongan berterusan daripada pelanggan, pengikut media sosial dan rakan-rakan perniagaan yang sentiasa berada di belakangnya.
Baginya, setiap ujian yang dilalui merupakan proses pembelajaran yang menjadikan dirinya lebih kuat, matang dan bersedia menghadapi cabaran mendatang.
Dalam perkembangan perniagaan, AURAMARIA dilihat terus mencatat pertumbuhan positif apabila rangkaian pelanggan dan pengedar sah semakin berkembang bukan sahaja di Malaysia, malah merangkumi pasaran Singapura, Brunei dan Sarawak.
Sambutan memberangsangkan terhadap produk-produk AURAMARIA turut menjadi pemangkin kepada syarikat untuk terus memperluaskan pasaran tempatan dan serantau.
Tidak terhenti di situ, Madam Mariyah juga komited untuk memperkenalkan lebih banyak produk berkualiti pada masa akan datang demi memenuhi keperluan pengguna yang semakin pelbagai.
Dalam masa sama, beliau berharap perjalanan hidup dan kejayaan yang dibina selepas melalui pelbagai ujian mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk terus bangkit dan tidak mudah berputus asa.
Selain itu, beliau juga mahu membantu lebih ramai wanita meningkatkan keyakinan diri serta menjaga kesejahteraan diri dengan lebih baik.
Madam Mariyah berharap Jus Wanita Che’Tat dapat memberi manfaat kepada para pengguna dan menjadi salah satu pilihan wanita dalam menjaga kesihatan serta kesejahteraan mereka.