Sekilas
- Dancing Fish, restoran Melayu Indo bertaraf Michelin, mengadakan buffet eksklusif Ramadan bertemakan Santapan Di Bawah Langit di Skydeck B, Bloomsvale Shopping Gallery.
- Tya Ariffin dan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai duta rasmi, menekankan nilai kekeluargaan, kualiti, dan kebersamaan dalam pengalaman berbuka puasa.
- Acara ini berlangsung dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026 dengan harga RM188 seorang dan kapasiti terhad untuk pengalaman yang lebih eksklusif dan santai.
Ramadan tahun ini, restoran Melayu Indo bertaraf Michelin, Dancing Fish tampil dengan konsep buffet eksklusif Santapan Di Bawah Langit di Skydeck B, Bloomsvale Shopping Gallery.
Lebih istimewa, kempen ini turut menampilkan Tya Ariffin dan Khairy Jamaluddin sebagai duta rasmi.
Berikut lima sebab mengapa pengalaman ini menjadi tumpuan Ramadan 2026.
1. Tya Ariffin Angkat Nilai Kekeluargaan
Bagi Tya, berbuka puasa bukan sekadar soal makanan, tetapi tentang kebersamaan.
“Waktu berbuka adalah saat untuk berkumpul dan berkongsi. Suasana di Skydeck ini menjadikan pengalaman itu lebih bermakna, tenang dan berbeza daripada kebiasaan,” ujarnya.
Imej Tya yang sinonim dengan keluarga dan gaya hidup elegan menjadikan pelantikannya sebagai duta sangat bertepatan dengan konsep yang menekankan hubungan dan momen bermakna.

2. Khairy Jamaluddin Tekankan Kualiti & Konsistensi
Khairy Jamaluddin pula melihat kolaborasi ini dari sudut standard dan reputasi.
“Dancing Fish membina reputasi mereka dengan menjaga standard dan kualiti. Itu sesuatu yang penting untuk mengekalkan kepercayaan pelanggan, termasuk dalam pengalaman buffet seperti ini.
“Ramadan juga mendidik kita untuk menghargai masa bersama keluarga dan komuniti, selari dengan konsep Santapan Di Bawah Langit yang menekankan kebersamaan,” katanya.

3. Konsep Skydeck Yang Berbeza
Berbuka puasa di ruang terbuka dengan suasana langit senja memberikan pengalaman yang lebih santai dan eksklusif. Konsep ini diwujudkan bagi memastikan tetamu menikmati suasana tanpa tergesa gesa.
Menurut pengasasnya, Joshua Teoh:
“Kami mahu tetamu menikmati pengalaman berbuka yang selesa dan tidak tergesa-gesa. Fokus diberikan kepada kebersamaan bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil menikmati hidangan dalam suasana Skydeck yang santai dan berbeza,” katanya.

4. Restoran Bertaraf Michelin
Sebagai restoran yang tersenarai dalam Michelin Guide Kuala Lumpur, Dancing Fish membawa identiti hidangan warisan Melayu Indonesia dengan standard yang konsisten. Pengiktirafan ini menjadi nilai tambah buat mereka yang mencari pengalaman berbuka yang lebih premium.

5. Tempoh Terhad & Kapasiti Eksklusif
Santapan Di Bawah Langit berlangsung dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026 dengan harga RM188 net seorang. Kapasiti tempat duduk adalah terhad, menjadikannya lebih eksklusif dan sesuai untuk mereka yang mahukan pengalaman lebih teratur dan selesa.
Lokasi: Skydeck B, Bloomsvale Shopping Gallery, Jalan Puchong
Harga: RM188 net seorang
