Skip to main content

Acara

Daripada Fesyen Ke Festival, 'Cerita Raya' Pembuka Tirai AEON Festive Preview 2026

Astro Gempak AFP2026

Sekilas

  • AEON Malaysia melancarkan AEON Festive Preview 2026 (AFP 2026) yang kini menjadi platform perayaan pelbagai kategori termasuk fesyen, kelengkapan rumah, gaya hidup, kecantikan dan makanan.
  • AFP 2026 menampilkan kempen Raya bertemakan Cerita Raya yang menggabungkan elemen fesyen, dekorasi dan juadah tradisional untuk pengalaman perayaan yang lebih bermakna.
  • Acara AFP 2026 berlangsung di AEON Shah Alam, Ipoh Station 18 dan Nilai dengan pelbagai aktiviti komuniti, pertunjukan fesyen dan cabaran interaktif sepanjang Februari hingga Mac 2026.

AEON Malaysia secara rasmi melancarkan evolusi terbaharu platform perayaannya menerusi AEON Festive Preview 2026 atau AFP 2026 yang sebelum ini dikenali sebagai AEON Fashion Preview.

Pelancaran yang berlangsung di AEON Shah Alam itu menandakan transformasi besar daripada sebuah acara fesyen kepada platform perayaan pelbagai kategori yang lebih menyeluruh dan berorientasikan pengalaman.

AFP 2026 kini tidak lagi tertumpu kepada pertunjukan fesyen semata-mata. Sebaliknya, ia berkembang menjadi sebuah platform perayaan yang menggabungkan fesyen, kelengkapan rumah, gaya hidup, kecantikan dan makanan dalam satu ekosistem yang lebih imersif serta dekat dengan komuniti.

Menurut Audrey Lim, Ketua Pegawai Operasi Runcit AEON CO. M BHD, perubahan ini mencerminkan evolusi strategik syarikat dalam mendekati pelanggan dan komuniti secara lebih bermakna.

“AEON Festive Preview 2026 bukan sekadar penjenamaan semula, ia mencerminkan evolusi strategik dalam cara kami berhubung dengan pelanggan dan komuniti. Dengan mentransformasikan AFP menjadi platform perayaan pelbagai kategori, kami mencipta pengalaman yang melangkaui aktiviti membeli-belah, di mana keluarga boleh berinteraksi, meneroka, menyertai dan meraikan bersama.

"Ini adalah tentang membina perjalanan perayaan yang lebih bermakna, mengukuhkan hubungan emosi dengan pelanggan serta menjadikan AEON sebahagian daripada setiap sambutan dalam kehidupan mereka,” katanya.

Bagi kitaran pertama AFP 2026, kempen Raya bertemakan Cerita Raya menjadi teras utama. Inspirasi kempen ini diangkat daripada kisah pertemuan semula, kenangan keluarga serta detik bermakna yang sentiasa dinantikan setiap kali Aidilfitri menjelma.

Daripada busana sedondon seisi keluarga, hiasan rumah yang tersusun indah hinggalah aroma juadah tradisional yang membangkitkan nostalgia, Cerita Raya menyatukan elemen fesyen, dekorasi dan gaya hidup dalam satu naratif emosi yang dekat dengan masyarakat Malaysia.

AFP Raya 2026 berlangsung di tiga lokasi utama iaitu AEON Shah Alam, AEON Ipoh Station 18 dan AEON Nilai sepanjang Februari hingga Mac 2026.

Majlis pelancaran rasmi di AEON Shah Alam turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk dua sesi Cerita Raya Fashion Show, persembahan istimewa penyanyi Dina Nadzir serta cabaran interaktif seperti NALAE Makeover Challenge dan Home Coordy Challenge.

Turut memeriahkan suasana ialah sesi Izzati Suza Art Jam yang menambah sentuhan kreatif pada pelancaran tersebut, sekali gus menggabungkan elemen seni dan gaya hidup dalam suasana perayaan yang lebih kontemporari.

Selain pertunjukan fesyen, AFP 2026 turut menawarkan pelbagai aktiviti komuniti seperti DIY Raya Card and Tree, pendaftaran AEON Member dengan ganjaran istimewa serta penebusan rangkaian solekan NALAE dengan pembelian tertentu.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, AFP telah mencipta pelbagai momen unik termasuk pentas peragaan dalam tren MRT serta pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi penyertaan komuniti. Kini, AFP 2026 melangkah ke fasa baharu dengan model aktivasi pop up di pelbagai lokasi bagi memastikan pengalaman yang lebih dekat dengan komuniti setempat.

Platform ini direka sebagai model berskala nasional yang membolehkan pasukan di peringkat wilayah dan cawangan melaksanakan aktiviti perayaan secara lebih kreatif serta relevan dengan demografi tempatan.

Dengan pendekatan yang lebih inklusif dan berteraskan pengalaman, AFP 2026 bukan sekadar acara membeli-belah tetapi sebuah gerakan perayaan yang menghubungkan nilai, tradisi dan komuniti.

Bermula dengan Cerita Raya dan bakal diteruskan dengan kitaran AFP Xmas dan CNY hujung tahun nanti, AEON Festive Preview 2026 dilihat sebagai platform runcit perayaan yang menggabungkan emosi, pengalaman dan gaya hidup dalam satu sambutan yang lebih menyeluruh serta bermakna.

Anda mungkin berminat dengan

Hermanas Bawal Bushara

Hermanas Bawal Bushara

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

Must-Watch Video

Advertisement