Skip to main content

Fesyen

5 Sebab Kenapa Koleksi Dr. Martens Zebzag AW25 Jadi ‘Must-Have’ Tahun Ini

Docmart

Musim luruh/sejuk 2025 bakal lebih bergaya dengan kehadiran koleksi terbaru daripada Dr. Martens. 

Selepas kejayaan Zebzag Mules yang tular musim panas lalu, jenama ikonik Britain ini memperkenalkan dua siluet baharu berasaskan tapak kusyen Zebzag: Zebzag Laceless Boot dan Zebzag Rigger Boot. 

Advertisement

Kedua-duanya mengekalkan DNA Dr. Martens, tetapi dengan sentuhan moden dan santai untuk gaya harian.

Jom lihat kenapa anda perlu masukkan koleksi ini dalam ‘wishlist’ musim ini:

1. Slip-On Dengan Aura Ikonik

Kalau anda peminat but 1460, inilah ‘adik’ baharunya. Zebzag Laceless Boot diinspirasikan daripada siluet klasik itu, tetapi hadir dalam versi slip-on yang lebih praktikal. 

Dengan kulit Wyoming hitam yang lembut serta heel loop kuning-hitam Dr. Martens, ia mudah disarung tetapi tetap mengekalkan gaya ikonik.

2. Rigger Boot Untuk Gaya Industri Moden

Untuk anda yang sukakan gaya lasak tetapi santai, Zebzag Rigger Boot jawabannya. Lebih rendah pada buku lali dengan dual pull-tabs dan jahitan Puritan stitch, ia diinspirasikan daripada kasut industri tetapi diolah semula menjadi slip-on yang super selesa.

Hadir dalam pilihan kulit Wyoming hitam atau Milled Nubuck kalis air dengan variasi warna.

3. Teknologi Tapak Zebzag

Rahsia keselesaan terletak pada tapak Zebzag yang menggabungkan midsole EVA ringan dengan tapak PVC tahan lama. Hasilnya? Kasut yang ergonomik, ringan dan cukup selesa dipakai seharian.

Seperti biasa, ia masih mengekalkan DNA Dr. Martens dengan jahitan welt kuning, tapak beralur dan corak bergaris yang ikonik.

4. Sokongan Extra Dengan SoftWair Insoles

Bukan sekadar cantik di luar, koleksi ini turut dilengkapi dengan SoftWair insoles. Bayangkan lapisan kusyen tambahan yang memberi sokongan optimum setiap kali anda melangkah, sesuai untuk mereka yang aktif bergerak sepanjang hari.

5. Koleksi Global Dengan Nilai Eksklusif

Dilancarkan serentak di seluruh dunia mulai September 2025, koleksi ini menjadi sebahagian daripada rangkaian Dr. Martens AW25. 

Harga runcitnya bermula dari USD $160 | GBP £160 | EUR €190 untuk versi asas dan USD $170 | GBP £170 | EUR €200 untuk edisi Nubuck Leather.

Must-Watch Video

Advertisement