Sekilas
- Ernie Zakri pernah berangan untuk membawa watak Puteri Gunung Ledang, terutama ketika rambutnya diwarnakan perang.
- Dia berkongsi pengalaman dan bayangan dirinya sebagai Puteri Gunung Ledang ketika rambutnya berwarna blond.
- Ernie memuji Aisha Retno dan Mila Mohsin yang bakal memegang watak tersebut dan yakin ia hasil usaha keras mereka.
Penyanyi, Ernie Zakri berkongsi bahawa dia pernah menyimpan hasrat untuk membawakan watak Puteri Gunung Ledang (PGL).
Menurut Ernie, dia sering membayangkan dirinya sebagai watak lagenda tersebut terutama ketika rambutnya pernah diwarnakan perang suatu ketika dahulu.
“Bukan apa, saya pun pernah juga berangan nak jadi Puteri Gunung Ledang. Masa rambut saya blond dahulu, adalah dalam bilik berangan jadi PGL.
“Kalau jadi sekarang, kena berkemban tapi pakai inner warna nude. Kasihan,” tulisnya.
Dalam masa sama, Ernie turut menyifatkan Aisha dan Mila yang bakal memegang watak PGL sebagai bertuah.
Malah, Ernie yakin peluang tersebut hadir hasil usaha keras mereka sendiri.
“Aisha Retno dan Mila Mohsin memang bertuah! Berbekalkan usaha keras mereka, 100 peratus pasti. Tak sabar nak melihat mereka beraksi,” ujarnya.