Skip to main content

Dikecam Gara-Gara Dakwa Warga China ‘Busuk’ & ‘Tak Mandi’, Wanita Tampil Mohon Maaf - “Ia Hanyalah Reaksi Spontan Yang…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Nur Asyikin Mohd Dalil memohon maaf secara terbuka di media sosial atas tindakannya yang didakwa menghina warga China ketika bercuti pada 15 Jun 2026.
  • Dia mengakui reaksi spontan itu adalah kekhilafan dan berjanji akan lebih berhati-hati serta peka terhadap sensitiviti masyarakat pada masa akan datang.
  • Video kontroversi tersebut mencetuskan perdebatan luas, dan Nur Asyikin berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah terhadapnya.

Selepas menerima kecaman hebat daripada netizen, wanita yang didakwa menghina warga China ketika bercuti akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial.

Menerusi perkongsian di Tiktok, wanita yang dikenali sebagai Nur Asyikin Mohd Dalil itu mengakui bahawa tindakannya itu adalah kekhilafan diri sendiri, selain akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden tersebut.

“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf atas isu yang tular iaitu kekhilafan reaksi spontan saya ketika sedang bercuti di China pada 15 Jun 2026. Saya faham dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas tindakan saya yang telah menimbulkan ketidakselesaan kepada mana-mana pihak,”tulisnya.

Ujarnya lagi, perkara tersebut berlaku secara spontan dan dia tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak, malah dia akan lebih berhati-hati dengan isu sensitiviti masyarakat pada masa akan datang.

“Saya menghormati pandangan, teguran dan perasaan semua pihak serta tidak pernah berniat untuk menyinggung, mengaibkan atau menimbulkan sebarang konflik kerana ketika itu ia hanyalah reaksi spontan yang bukanlah dirancang.

“Seseungguhnya saya menyesal dengan perbuatan saya dan menginsafi akan tindakan yang keterlaluan itu. Daripada insiden itu, saya akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan dan peka dengan sensitiviti masyarakat,”kongsinya.

Asyikin mencetus perdebatan meluas di media sosial selepas video percutiannya di China tular kerana didakwa menghina penduduk tempatan dengan menutup hidung sambil menyebut busuk serta mendakwa penduduk negara itu tidak mandi.

Susulan kontroversi itu, dia dilaporkan mahu mengambil tindakan undang-undnag terhadaop pihak yang didakwa menyebarkan fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadapnya.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement