Skip to main content

Corat-Coret: Lautan Manusia, Sikap Mesra PMX, Shila Amzah Menyanyi Tiga Bahasa & Pertunjukan Dron Antara Momen Menarik Sambutan Tahun Baharu Di Bukit Bintang

Countdown 2026 bersama Perdana Menteri

Sekilas

  • Festival Countdown Visit Malaysia 2026 di Pavilion Kuala Lumpur disambut meriah dengan ribuan pengunjung memenuhi Bukit Bintang termasuk pelancong asing.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan turut menyapa serta bergambar dengan peserta, menambah kemeriahan acara.
  • Persembahan hebat dari artis seperti Shila Amzah, Aina Abdul dan Amir Jahari serta pertunjukan bunga api, 3D anamorfik dan formasi dron menjadi tarikan utama malam itu.

Sambutan tahun baharu 2026 menerusi Festival Countdown Visit Malaysia 2026 (VM2026) yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur pada malam ambang Tahun Baharu disambut dengan begitu meriah oleh rakyat Malaysia.

Acara yang merupakan hasil kerjasama strategik antara The Fame Events, Pavilion Kuala Lumpur dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), ini berperanan sebagai acara pembuka tirai bagi menyemarakkan kempen Visit Malaysia 2026.

Gempak kongsikan antara momen manis dan havoc yang berlaku sepanjang Festival Countdown Visit Malaysia 2026 berlangsung.

1. Pavillion & Jalan Bukit Bintang dibanjiri lautan manusia

Suasana di Bukit Bintang pada malam itu dipenuhi ribuan manusia yang bersemangat untuk menyambut tahun baharu.

Tidak hanya rakyat Malaysia, bahkan pengunjung dari luar negara juga memenuhi tempat tersebut untuk merakamkan detik bersejarah itu.

Momen paling menarik adalah apabila beberapa rakaman tular yang diambil dari atas yang dikongsi netizen jelas menampakkan ribuan manusia menutupi jalan berkenaan seolah-olah kelihatan seperti lautan.


2.Senyuman manis dan sikap sporting YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sebaik sahaja Perdana Menteri tiba, seluruh rakyat yang berada di lokasi sambutan tahun itu bersorak.

Lebih manis lagi apabila beliau turut tersenyum manis apabila mendengar sorakan itu selain sempat bersapa dan bergambar bersama para peserta yang membuat persembahan menjadikan suasana semakin meriah sebelum kira detik berlangsung.


3. Persembahan artis hebat dan bertenaga di pentas utama

Antara momen paling dinanti oleh pengunjung adalah persembahan artis kesayangan mereka antaranya Shila Amzah, Aina Abdul, Amir Jahari, Kidd Santhe, Belle Sisoski, Vanessa Reynauld, The Kuans, KLP48, Nazu, Rezza Shah, Danson Ooi, Euzen, dan Penny.

Selain itu, persembahan artis juga turut diselang-seli dengan persembahan kebudayaan tradisional dan moden.


4.Duet lagu baharu Aina Abdul & Amir Jahari

Lebih istimewa lagi, penyanyi Aina Abdul turut menyanyikan lagu baharu duet bersama Amir Jahari berjudul Ayuh Pulang.

Kalau dah nama pun Aina Abdul, sudah pasti busana yang digayakan oleh ‘queen of high notes’ ini menjadi perhatian pengunjung.

Kali ini Aina tampil dengan menggayakan busana berwarna hijau sekaligus membuatkan dirinya kelihatan begitu mnonjol di atas pentas.


5.Shila Amzah menyanyi lagu dalam tiga bahasa

Memang wow! Shila Amzah telah memukau ribuan pengunjung yang hadir dengan menyampaikan lagu dalam tiga bahasa.

Antara lagu nyanyian Shila adalah Run The World nyanyian asal penyanyi antarabangsa Beyonce, Memori Tercipta dan Tiao Lou Ji.

Tidak cukup dengan itu, Shila juga berkomunikasi dengan fasih menggunakan bahasa mandarin. Hebat kan?


6.Kira Detik Bersama Perdana Menteri

Detik kemuncak sambutan ialah acara kira detik tahun baharu 2026 yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia selaku Tetamu Kehormat.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Datuk Seri Tiong King Sing, sekali gus menzahirkan kepentingan nasional acara tersebut.


7. Pertunjukan bunga api, paparan 3D anamorfik, formasi dron Wira & Manja yang spektakular!

Apabila jam hampir mencecah 12 tengah malam, langit Kuala Lumpur dicantikkan dengan pertunjukan bunga api pyromusikal.

Lebih istimewa lagi, paparan 3D anamorfik, dron dan unjuran laser yang membentuk maskot VM2026 iaitu Wira dan Manja menjadi antara visual paling unik dan dirakam pengunjung dari pelbagai sudut.

Untuk info, Festival Countdown VM2026 sebenarnya bermula lebih awal iaitu pada 26 Disember 2025, dengan pelbagai aktiviti di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Antaranya ialah VM2026 Bazaar di Pavilion Bukit Jalil, Arts & Culture Showcase di Fahrenheit 88 serta Food Bazaar di Bukit Bintang yang menampilkan kepelbagaian makanan tempatan.

Selain itu, aktiviti sokongan seperti persembahan DJ, flash mob di persimpangan Bukit Bintang dan persembahan busking di lokasi tumpuan turut menarik perhatian orang ramai dan mencetuskan keterujaan menjelang malam kira detik.

Kempen VM2026 memberi fokus kepada lima teras utama iaitu kelestarian, warisan budaya, pelancongan alam semula jadi, inovasi digital dan keterhubungan global, sebagai usaha memposisikan Malaysia di peta pelancongan dunia.

Must-Watch Video

Advertisement