Skip to main content

Selebriti

Zara Zya Dakwa Sering Diganggu ‘Cik Pon’, Nampak Bayangan Tengah Cangkung - "Benda Tu Tau Kita Nampak Dia"

zara zya ponti

Sekilas

  • Pelakon Zara Zya berkongsi pengalaman diganggu entiti mistik yang sering muncul dalam bentuk kabus dan bayangan, dipercayai pontianak.
  • Zara menjelaskan gangguan itu sudah lama berlaku dan entiti tersebut sedar apabila dia diperhatikan.
  • Dia menghargai nasihat netizen untuk mendapatkan rawatan dan mengesahkan sudah mendapatkan bantuan profesional.

Pelakon, Zara Zya berkongsi pengalaman seram apabila mendakwa dirinya sering diganggu entiti mistik.

Menurut Zara, dia kerap melihat kelibat kabus dan bayangan, namun dalam masa sama aktres drama 'Love You Mr Arrogant' itu yakin gangguan tersebut adalah daripada ‘cik pon’ atau pontianak.

"Saya selalu nampak kabus, hitam dan bayangan sahaja. Kalau jelas seketul-seketul itu tidak pernah. Yang selalu intai saya kat dapur pun bayangan.

"Saya tahu dia cik 'pon pon'. Pakai baju putih tak berapa bersih dan mencangkung.

Menerusi ruangan komen, Zara turut menjelaskan bahawa apa yang dipaparkan di kaca televisyen tidak semestinya sama dengan realiti, selain mendakwa entiti tersebut tahu apabila orang menyedari kewujudannya.

"Kadang dalam tv tak sama pun dengan realiti. Benda tu tau kita nampak dia," ujarnya.

Dalam masa sama, Zara meluahkan penghargaannya kepada netizen yang menasihatinya untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, dia menegaskan perkara itu bukanlah pengalaman baharu malah telah berlaku sejak sekian lama.

"Terima kasih yang komen minta saya berubat. Semestinya saya dah pergi. Saya bukan baru hadap semalam tetapi dah bertahun," jelasnya.

Must-Watch Video

Advertisement