Skip to main content

Viral

Tular Video Suap Pesakit Makan, Jururawat Terima Penghargaan Daripada KKM

Jururawat

Sekilas

  • Jururawat Nur Deena Nadzhiefa menerima penghargaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia atas video tular yang menunjukkan layanan penuh empati terhadap pesakit.
  • Penghargaan disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, semasa perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
  • Video tersebut memaparkan Deena menyuap makanan kepada pesakit dengan penuh ikhlas, termasuk membuang tulang ikan sebelum menggaulkannya dengan nasi putih.

Seorang jururawat bernama Nur Deena Nadzhiefa mendapat penghargaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan videonya yang menyantuni pesakit di hospital tular, baru-baru ini.

Penghargaan itu diserahkan sendiri oleh Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang hadir sewaktu perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang.

"Video tular baru-baru ini benar-benar menjentik hati saya. Sewaktu perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya, saya bertemu sendiri dengan tuan empunya badan.

"Anugerah yang saya sampaikan ini kecil nilainya berbanding nilai ihsan yang Deena tunjukkan. Dia membuktikan ubat paling mujarab di hospital bukan hanya pil atau suntikan, tetapi layanan penuh empati.

"Terima kasih saudari Deena, kerana menghidupkan jiwa ‘Malaysia’ dalam tugas seharian. Semoga menjadi inspirasi buat kita semua," tulis Dzulkefly.

Pada 13 Januari lalu, Gempak berkongsi sebuah video tular memaparkan Deena yang sedang menyuap makanan kepada seorang pesakit lelaki mengundang sebak netizen.

Menerusi video yang tular itu, Deena dilihat cukup ikhlas membuang tulang ikan sebelum menggaulkannya bersama nasi putih lalu disuapkan kepada pesakit.

Sumber: Facebook

Must-Watch Video

Advertisement