Skip to main content

Berita

Tular Buat Aksi L*cah Di Tanah Kubur, Pasangan Ditahan Polis

Astrogempak

Sekilas

  • Polis menahan sepasang lelaki dan wanita yang disyaki melakukan perbuatan lucah di tanah perkuburan Cina di Ayer Itam selepas video kejadian itu tular di media sosial.
  • Kedua-dua suspek berusia 37 dan 58 tahun ditahan pada hari sama selepas polis menerima laporan dan siasatan mendapati mereka mengaku terlibat.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 294(a), Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan suspek direman untuk siasatan lanjut.

Polis menahan sepasang lelaki dan wanita yang disyaki terlibat dalam perbuatan lucah di sebuah tanah perkuburan Cina di Ayer Itam, selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek wanita berusia 37 tahun ditahan kira-kira jam 8.35 malam di sebuah flat berhampiran Jalan Padang Tembak.


Menurutnya, sementara suspek lelaki berusia 58 tahun diberkas kira-kira jam 11.10 malam di hadapan sebuah bangunan berhampiran Jalan Paya Terubong, Sungai Ara pada Isnin.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan pada hari sama selepas pihak polis menerima laporan berhubung video tular berkenaan.

“Semalam (23 Mac) kira-kira jam 12.05 tengah hari, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun berhubung satu video yang memaparkan kelakuan tidak senonoh sepasang individu di tanah perkuburan Cina.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada 22 Mac lalu di Tanah Perkuburan Cina, Batu Gantung, Ayer Itam,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua individu terbabit merupakan warga tempatan dan telah mengaku terlibat dalam kejadian tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kedua-dua suspek akan direman pagi ini bagi membantu siasatan lanjut,” ujarnya.

Difahamkan, polis menerima lima laporan daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang perbuatan tidak bermoral serta tidak menyebarkan kandungan jelik yang boleh menyinggung sensitiviti masyarakat.

Terdahulu, dalam rakaman berdurasi 38 saat itu, seorang lelaki dilihat dalam keadaan tidak berpakaian sambil membelakangi kamera manakala seorang wanita pula hanya berpakaian separa dan duduk di atas sebuah batu nisan.

Rakaman tersebut turut memaparkan suara seorang wanita yang menegur pasangan terbabit dengan mendakwa kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku di lokasi berkenaan.

Dalam klip sama, lelaki berkenaan kelihatan bersahaja mengenakan semula seluarnya sementara individu yang merakam terus menegaskan bahawa kawasan perkuburan seharusnya dihormati sebagai tempat memperingati si mati.

Lelaki itu kemudian memohon maaf atas perbuatannya namun permohonan tersebut tidak diterima apabila wanita berkenaan memberi amaran akan membuat laporan kepada pihak polis.

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement