Skip to main content

Berita

Tragedi Tahun Baharu, 47 Maut & Ratusan Cedera Dalam Kebakaran Bar di Resort Ski Mewah

Kebakaran

Sekitar 47 pengunjung di sebuah resort ski mewah di Selatan Switzerland dilaporkan maut dalam kebakaran yang berlaku sekitar pukul 1.30 pagi sewaktu sambutan ambang Tahun Baharu 2026

Letupan kuat yang mencetuskan kebakaran di bar resort ski mewah Le Constellation in Crans-Montana itu turut mencederakan sekitar 115 pengunjung dengan kebanyakannya mengalami kecederaan parah, lapor BBC.

Siasatan mengenai tragedi itu sedang dijalankan dan pihak berkuasa menolak insiden disebabkan oleh serangan. Ia barangkali disebabkan oleh kebocoran gas atau kerosakan teknikal.

Sebanyak 13 helikopter, 42 ambulans dan 150 kakitangan dikejarkan ke lokasi kejadian dalam menangani tragedi yang berlaku di pusat pelancongan popular di kawasan pergunungan Alps.

Mangsa kejadian pula sedang dikenal pasti termasuk identiti pengunjung yang maut masih dikemas kini.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan bangunan bar terbakar dengan api marak, manakala pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa mengatakan insiden berlaku terlalu cepat saat semua masih meraikan kedatangan tahun baharu. Ada saksi melihat mangsa maut bergelimpangan di dalam bar selepas letupan berlaku

Must-Watch Video

Advertisement