Skip to main content

Selebriti

Tak Terkesan Dakwaan Buat 'Muka', Ezzanie Jasny Hanya Fokus Penjagaan Diri - "Saya Cuma Buat Rawatan Seperti..."

Ezzanie Jasny Nafi Buat Muka

Pelakon, Ezzanie Jasny tampil menepis dakwaan segelintir netizen yang menuduh dia melakukan rawatan pembedahan wajah.

Aktres yang terkenal menerusi Dia Bukan Syurga itu menekankan perubahan pada penampilannya hanyalah terhasil dari penjagaan diri yang konsisten dan bukanlah hasil pembedahan seperti yang diperkatakan.

Advertisement

"Saya tidak buat muka, saya cuma mementingkan penjagaan diri saya terutamanya wajah saya kerana saya banyak berdepan dengan kamera. Satu jerawat sahaja boleh buatkan saya tertekan.

"Saya tak terkesan bila ada yang dakwa saya buat 'muka', saya hanya buat rawatan kecantikan seperti ejuren dan skin booster. Saya tidak buat sebarang pembedahan wajah," katanya ketika ditemui Gempak.

Ezzanie berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri majlis pelancaran kempen 'Still Me With More" oleh BMF The Aesthethics People dan Svenson di Intermark Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bukan itu sahaja, Ezzanie akui bangga memiliki kulit wajah 'tan skin' dan bersyukur dengan keaslian wajahnya itu.

"Saya sangat gembira dan bangga dengan warna kulit saya yang sawo matang dan tidak semestinya warna putih sahaja yang cantik," tambahnya.

Dalam masa sama, Ezzanie turut berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak lapan kilogram hasil daripada penjagaan rutin pemakanan yang diamalkannya.

"Sebelum ini, saya 58 kilogram dan sekarang berat saya ialah 51 kilogram. Pilihan ini adalah dari insiatif saya sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak.

"Waktu pagi saya akan ambil 'meal replacement' sahaja, tengah hari pula saya elak untuk makan nasi. Hanya makan lauk-lauk sahaja dan saya menolak pengambilan gula. Saya sangat menitikberatkan pengambilan kalori saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ezzanie turut membuat penampilan khas di majlis pelancaran kempen ‘Still Me With More’ sebagai duta kempen itu bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Kempen tersebut diadakan bagi menyeru masyarakat menjadikan penjagaan diri sebagai keperluan harian, bukan sekadar simbol kemewahan.

Turut hadir memeriahkan acara itu ialah Datuk Fazley Yaakob yang turut serta dalam kempen berkenaan.

Must-Watch Video

Advertisement