Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir individu yang suka mencari kesalahan orang lain tetapi tidak boleh menerima apabila perkara sama berlaku kepada diri mereka.
Menerusi perkongsian di Threads, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd. Zikir berkongsi luahan hati yang dipercayai ditujukan kepada individu tertentu yang disifatkannya sebagai suka menuding jari, namun gagal memberi cerminan pada diri sendiri.
Advertisement
"Pertama kali jumpa dalam hidup sejenis orang yang dia boleh buat orang tapi orang tak boleh buat dia. Cuma kes kali ini, tiada siapa pun yang buat dia tapi dia yang rasa orang buat dia.
"Betul lah orang kata bila kena dekat batang hidung sendiri baru lah tau seseorang itu tahu macam mana," katanya.
Penyanyi lagu Irama itu turut menasihati orang ramai agar tidak cepat menilai seseorang tanpa mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak, selain mengingatkan agar sentiasa merendah diri walau apa pun kelebihan yang dimiliki.
"Dipendekkan cerita, kalau korang dengar apa-apa cerita, tolong jangan dengar sebelah pihak sahaja. Setiasa merendah diri. Jangan asyik nak orang melutut pada kita sahaja. Kalau orang lain saya tak peduli, tapi bukan saya," ujarnya.