Peminat produk kosmetik tempatan khususnya para wanita pasti sudah mengenali jenama popular Alha Alfa.
Namun, timbul persoalan dalam kalangan orang ramai tentang bagaimana nama jenama itu tercipta dan apa maksud di sebaliknya.
Pemiliknya, Datuk Seri Alha Alfa tampil menjelaskan asal-usul nama tersebut yang sebenarnya mempunyai kaitan rapat antara dirinya dan ayahnya menerusi hantaran di Threads.
Menurutnya, nama ALFA berasal daripada nama ayahnya, Al Fadzil manakala ALHA pula datang daripada namanya sendiri iaitu Al Halim.
"Kisah dia bermula bila ayah saya orang panggil 'Alfa' (Al Fadzil) ketika zaman dia kerja dan bujang dulu. Waktu zaman saya belajar, orang panggil saya Halim.
"Bila dah ada branding dan buat make-up dulu, saya cuba cari nama pentas (Al Halim : ALHA) iaitu gabungan dengan nama ayah : ALFA. Akhirnya, jadi lah ALHA ALFA," katanya.
Dalam hantaran sama, Alha turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memuji nama penuhnya yang disifatkan sepadan dengan wajahnya.
"Terima kasih pada yang memuji nama saya," ujarnya.
Sekadar info, Alha Alfa Cosmetics merupakan jenama kecantikan lokal yang menawarkan produk mekap dan penjagaan kulit. Ia diasaskan oleh Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil.
Sumber: Threads

Bibir On Point Setiap Masa!
Bibir menawan, keyakinan berganda – klik untuk memiliki Alha Alfa Cosmetics Lip Velvet sekarang!
Beli Sini