Skip to main content

Selebriti

Syamim Freida Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami & Tips Jawab Soalan ‘Bila Nak Ada Anak’ - “Caranya Mudah, Kita…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Toh Puan Syamim Freida berkongsi bahawa perkenalannya dengan suami, Tengku Ezrique Ezzuddean, adalah hasil susunan keluarga dan singkat sebelum berkahwin.
  • Syamim menasihati agar tidak mudah terasa hati apabila ditanya tentang zuriat, sebaliknya kekal tenang dan berdoa yang baik-baik.
  • Syamim berkahwin dengan kerabat diraja Selangor itu pada 19 Mac 2016 dengan restu keluarga.

Pelakon, Toh Puan Syamim Freida berkongsi detik perkenalan bersama suaminya, Tengku Ezrique Ezzuddean.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syamim berkata bahawa pertemuan mereka telah dirancang oleh keluarganya dan proses perkenalan juga adalah singkat.

"Saya berkenalan dengan dia melalui susunan keluarga. Abang saya yang memperkenalkan kami berdua.

"Sebelum ini, saya memang selalu ikut nasihat ibu. Saya kenal dia dalam tempoh yang singkat dan terus berkahwin, semuanya dengan nasihat serta restu ibu. Dari situ saya tahu, dialah orangnya," katanya.

Dalam pada itu, Syamim turut berkongsi pandangan apabila berdepan soalan berkaitan zuriat, dengan menasihati agar tidak terlalu mengambil hati sebaliknya meminta didoakan yang baik-baik.

"Caranya mudah sahaja, kita bertenang, bercakap baik-baik dan terus berdoa. Insya-Allah, daripada sepuluh yang bertanya, mungkin salah seorang doa itu akan diangkat. Jangan mudah terasa hati, sebaliknya kekal tenang," ujarnya.

Untuk rekod, Syamim mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Al-Hajj pada 19 Mac 2016.

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement